About;
Seventeen invaded my world. HALP!
Because every step in life contains its own mystery. Pick one number. :3
ϟ iyagi
Koizora : Sky Of Love ♥
UKKM , done!!
아이유 - Rain Drop
Simon D broke my heart . T^T
Chingu-ya~♥♥
Quotes .
♥ my Chingu[s] : Mags 7 + 1 ♥
YES!!!!!! I can design now!!!! weee~~ ♥♥♥♥♥♥♥
Xiah Junsu of JYJ : Luv Dis Song Dem Much!!
Quotes .
ϟ talk3, talk to me now Credit;
Makes my blog beautiful, this is! © 2013 - Skins by Mayra and helped by Yasmin. Cute icon from Pixel and other from wana. Fully edited by Kwon Nilly Others: ▲▲▲ ▲ Naege Malhaebwa;
na na na na BATMAN~ URL blog not email. Put ur link correctly Exchange links open!! I also do click ads back, if u click mine first My VIPs;
awesome people
|
♥ Versus - HLOVATE ♥ Sunday, December 12, 2010 | 2 Comments ♥versus[PartI]~Episode1 Di luar tingkap langit telah lama gelap.Awan yang mendung sejak senja tadi mula mencurahkan hujan.Minn Edina mengemaskan helaian-helaian paperwork yang baru diprint.Kepalanya ikut tergoyang-goyang menari dengan See You When You Get There.Rambutnya yang panjang separas bahu diikat ekor kuda terbuai-buai mengikut gerak kepalanya.Sekilas dia melihat jam di dinding biliknya. 11.45. Hmm...Awal lagi. Paperwork ‘U r Us’ yang baru dikemaskini itu diisi ke dalam fail.Dia melepas nafas lega.Akhirnya selesai jugak projek dasyat nie!Projek anti-keganasan dan anti-perang yang dianjurkan oleh kolejnya baru sahaja selesai minggu lalu.Diklasifikasikan sebagai salah satu projek mega untuk tahun itu.Tugasnya sebagai setiausaha projek memang membuatkan dia tidak menang tangan.Tapi nanti siapa yang dapat nama?!Pengarah projek jugak!Minn Edina menggeleng kepala sendiri. Dia bangun dari meja study lalu melangkah ke katil.Handset di tepi bantal dicapainya.Jemarinya pantas menekan keypad menghantar SMS.Selesai menghantar pesanan itu dia melontar tubuhnya ke katil.Pandangannya di lempar ke keliling biliknya.Headphone yang disangkut di leher ditarik turun lalu diletakkan di atas night-table.MP3 yang disangkut ke leher turut dimatikan dan diletak di tepi headphone.Poster-poster gergasi Shohoku dari Slam Dunk,Jordan,Kevin Garnett dan Kobe Bryant menyapa pandangannya.Dinding bertentangan dengan pembaringannya pula bertampal aksi Tony Hawk,Mike McGill,Jerry Hsu dan Jamie Thomas. Handsetnya tiba-tiba melagukan Carmen.Dicapainya lambat-lambat sebelum menekan butang menerima panggilan. “Assalamualaikum.” “Minn!”Suara lelaki itu berbunga ceria. “Finished?” “Kalau takat nak tanya tu je,baik kau message je.Jimat sikit.”Ujar Minn datar. Ketawa. “Marah I call you?” Minn merengus perlahan. “Dah la tu.Aku nak knock-off dah nie.Aku penat la.” Dia memejam mata. “Kau mana tau.Yang kau tau kerja siap je.” “You marah ye,Minn?” “Dah la tu Jay.Esok aku pass-up paperwork tu.Pandai-pandai la kau nak present kat Mr.Fernando.”Terus dia mematikan talian. *** Yaya mengimbangkan tray di tangan sambil berjalan ke arah Minn yang dah duduk mengunyah fries.A’ai pula leka memerhati budak-budak yang melepak di depan cafe itu. “Dah jumpa Jay,Minn?”Tanya Yaya. Minn tak menjawab.Sekadar mengangguk. “Dah tak lalu dah rasanya dah involve dengan projek lagi.” She Hates Me mengasak telinga kanannya. Yaya dan A’ai serentak ketawa. “Kau kan favourite Mr.Fernando kalau kolej nak buat apa-apa.”A’ai sengih mengusik. “Cuma nasib malang je kau kena kerja dengan Jay untuk ‘U r Us’.” “Tapi Jay pulak yang macam dapat loteri.”Tambah Yaya sambil ketawa. Minn menjulingkan matanya. Tiba-tiba dahinya berkerut. “Aiseh....”Ujarnya perlahan. Yaya dan A’ai sama-sama berpaling ke belakang mengikut arah pandangan Minn.Johan Kamaruzzaman melangkah gagah ke arah mereka dengan senyum tujuh juta megawattnya. Minn dah menjulingkan mata. “Hi,girls.” “Hi,Jay.”Hanya Yaya dan A’ai yang menjawab.Minn sekadar senyum terpaksa. Jay berpaling ke arah Minn. “I’ve got a message from Mr.Fernando.He wants to see you whenever you’re free.” Dahi Minn berkerut. “Apahal?” Jay jungkit bahu. Minn bangun.Dia merenung Yaya dan A’ai. “I’m off.” Jay cuba menyaingi Minn sambil dia melangkah keluar cafe. “Minn,you free tak?Petang nie?” “Nope!”Tanpa perasaan dia membalas.Langkahnya dipecut terus dengan gear 5.Meninggalkan terus lelaki itu di belakang. “Morning Mr.Fernando.”Ucap Minn sebaik sahaja memasuki bilik penyelaras kerja sosial itu. Mr.Fernando bangun dari kerusinya sambil tersenyum. “Ah,Edina.Please,be seated.”Jemputnya sambil duduk kembali. “I hope I’m not causing any inconvenience taking your time like this?” Minn sengih. “No sir.”Dia merenung wajah lelaki Serani separuh abad itu. “Anything wrong with U r Us,sir?”Tanyanya sedikit bimbang. “No no.”Mr Fernando menggawangkan tangannya. “It was a blast.Even the principal was really pleased.You guys are really great.”Dia merenung Minn penuh makna dengan senyum ikhlas terukir di bibir. “You are really great.” Minn senyum senang. “Ala...sir nie...You’re the greatest la.” “Okay,back to business.I need you to do me a favour.” Minn mengangkat kening sebelah.Matanya bertanya. “You kenal Mohd. Ashraff Omar?” Dahi Minn berkerut.Siapa pulak tu?Aku nie dah la bermasalah nak kenal orang.Dah la kat kolej nie orang beribu.Ish.. “Course?” “Business admin jugak.My student” Minn masih blur. “What do I have to do with him?” Mr.Fernando menarik fail yang terletak di depannya. “Could you be his mentor cum partner,for a mini-project?Just to do the planning and the tedious paperwork.” “Haa?”Minn sedikt ternganga. “Meaning,sir?” “This guy’s social work service hours are not up to the notch .He need all the help that he can get.I would trust no one but you.”Mr.Fernando merenung Minn,mengharap. “Edina,you boleh tolong I,kan?Also tolong dia at the same time.” Minn termenung seketika. “Sir,I tak kenal dia la.”Dia merenung wajah Mr.Fernando. Mr.Fernando senyum. “We’ll fix that.Tomorrow 12.45?” Tambah lagi satu bala!Hari sudah lewat petang.Hampir pukul 5.30.Pandangannya dibuang jauh ke hadapan.Riuh rendah suara dari park di sebelah laluannya tak menarik perhatian.Points of Authority yang berdentum dari headphone yang tersangkut di leher itu juga seolah tak masuk ke telinga.Langkahnya terus juga diatur walaupun fikirannya berpusing tanpa arah.Nasib baik satu projek gila punya besar dah lepas!Hatinya menggumam sendiri.At least dah habis seksa dengan Jay! BUK! Di hadapan matanya terasa macam nampak bintang.Dipejam celik matanya beberapa kali.Tangan kirinya meraba kepala yang terasa sengal.Minn menala pandangan pada bola basketball yang tergolek di kakinya!Terdengar suara sumbang yang ketawa dan derap sneakers yang berlari ke arahnya. “Err...you okay?” Minn tak menjawab.Kepalanya masih terasa bengap.Dia tunduk mengambil bola Spalding itu dengan sebelah tangan. “You okay tak?”Suara itu concern berbunga cuak. Minn mengangkat muka merenung lelaki yang berdiri di hadapannya itu. “Okay.”Toneless.Dia menghulur bola. “Uh..Sorry.Tak sengaja.” Minn geleng.”Happens all the time.”Dia mengalih pandang pada court basketball di tepi park itu.Kesemua player di tengah court mengangkat tangan ke arahnya.Apologizing gesture.Minn turut mengangkat sebelah tangan sebelum berlalu meneruskan perjalanan pulangnya.Kepala sebelah kirinya kini berdenyut sakit.Haila...Lagi satu bala... versus[PartI]~Episode2 “Laa...tu kira lecture-mate aku la tu!”Yaya ketawa. “Laa..Ye ke?”Minn menutup locker bukunya. “Aku pass kat kau je la task nie.”Dia sengih. Yaya mengangkat kedua belah tangannya. “No.” Minn mencebik. “Member pun tak nak tolong.Aku dah la banyak benda lain nak pikir.” A’ai ketawa. “Tapi aku rasa better kau partner ngan budak nie dari Jay.” “Ek?Kau kenal dia jugak?” “Member Jett la.Tapi aku tak kenal la dia ngan nama Mohd.Ashraff tu.” “Abis tu?” ******** Gi-la!!Partner aku budak camni!Nak suruh aku masuk kelas agama ke?!Nie nak tolong ke nak bagi kaunseling ! “Mohd.Ashraff.” “Yes,sir.” “This’s the best mentor you could ask for.Use her well.”ujar Mr.Fernando. “And for you Edina,you have my full trust.Don’t let me down.” “Thank you,sir.” Minah nie pakai tudung!Sungguh tak siuman agaknya.Takkan la aku yang sikit punya hype n rock nak hang around dengan minah macam nie for...Dia mencongak sambil melangkah keluar dari bilik Mr.Fernando.Dekat sebulan setengah?!Putus fius aku...putus fius... “Ashraff!” Dia berpaling ke belakang. “I can only spend two days a week with you.Tuesday and Thursday.”ujar Minn tanpa merenung wajah lelaki itu.Dia sibuk menulis sesuatu di dalam plannernya. “5 to 6.30.” “Anything else,cik Edina?” Minn mengangkat muka..Ai...sarcastic punya tone tu...Dia mengoyak helaian dari planner yang ditulisnya tadi. “My email address.In case you need to drop me anything.”Toneless. Kertas bersambut. “Thanks,but don’t call me Ashraff.” Minn mengangkat kening sebelah.Aura kerek semacam je mamat tinggi nie.Height kerek sama dengan height dia agaknya...aku siku kang...free je. “AO.” Minn merenungnya dengan riak tak berperasaan. “And don’t call me Edina either.”Ujarnya sebelum berlalu. ***********^”^ Spoil...spoil...Dia melontar tubuh ke katil.Selasa aku nak main skate.Khamis nak main basket.Kacau betul....AO bangun dari baringnya.Dah la muka serius gila.Tadi tu pun tak negotiate langsung untuk consultation.Ikut senang dia je.Takde tanya-tanya aku pun time tu aku free ke tak.Ish...Macam mana aku nak hang ngan minah tu.Mana aku nak taruk muka!Pakai tudung.Conservative...Malu mak oi...Dah la baju pun aku tengok cam size XXXL je.Sekarang nie mana orang main pakai baju camtu.Sekarang zaman hug and hang. Baru je aku berangan nak dapat mentor yang happening.Yang cun...Yang cool...Yang stylo...Yang seksi...Sekali dapat ustazah!Huhuhu....Gigit jari la! ************ We Care Project...Hmm..Menarik jugak.Minn meneliti isi kandungan folder SASSY-Society and Social Service Yadas di dalam laptopnya.Sub-sub folder projek-projeknya yang lepas bersusun di depan matanya.Smart Election Project nie pun kira senang kalau nak buat.Tapi nak ke mamat tu?Apa idea dia agaknya,entah.Bukan masalah aku pun.Aku tolong guide je,bukannya nak buat projek nie untuk dia!Nasib baik aku nak tolong.Itu pun nak buat gaya poyo kerek.Gi-la!AO konon.Helleh!Takat nama je cam AO tapi main cam hampeh nak buat aper!Dia menjeling VCD AND1 Mixtape yang bersusun di tepi meja studynya.Hari nie Rabu.Esok dah Khamis.First meeting.Tapi... Ye tak ye jugak!Nak jumpa kat mana?! Yaya! *** Minn menggendang meja.Ice lemon tea tinggal separuh di dalam gelas.Hey Ya mengasak lubang telinga.Jam di pergelangan tangan kirinya dijeling sekilas.Dah dekat pukul 6.00.Dia menggigit bibir.Teruk betul mentee aku nie...Takkan sesat jalan!Tadi aku dah pass message kat Yaya suruh bagi tau mamat tu. “Err..Hi!”AO menghempas tubuh di atas kerusi di depan Minn.Dia menarik sengih selamba. Minn senyum segaris.Tanpa perisa.Senyum plastik.Terpaksa. “Apahal?Sesat jalan?”Berpeluh-peluh macam baru lepas bajak sawah je aku tengok. “I...traffic jam.”AO sengih lagi.Mampus aku kalau dia tau aku gi main basket. “You tau je la KL nie kan.”Dia buat muka serius. Minn merenung AO atas bawah.Lenggang je aku tengok. “Lenggang je?” Ek?Lenggang kangkung?Kening AO ternaik sedikit. “Nak kena bawak apa-apa ke?” Dahi Minn berkerut.Nie dah overboard nie. “You yang nak buat projek ke,I yang nak buat nie?”Suaranya naik sedikit. “Ei..Lepak la.”AO mangangkat kedua belah tangannya. “Sentap je...Relax aa..” Minn menarik nafas menahan sabar.Dah la free je aku abis masa tunggu dia sejam.Mintak maaf pun tidak.Kalau aku buat kerja aku lagi bagus!Nie dia datang aci lenggang Mak Limah. “Dah ada idea nak buat projek apa?” “I yang kena fikir ke?” “Habis tu?” “Laa...baik tak payah ada mentor macam tu.” “I’m only to guide.”ujar Minn sambil mengetap gigi. “Tak tau nak fikir la.You bagi la cadangan.I terima je.” Ringan terasa tangannya nak menyimbah wajah di hadapannya itu dengan ice lemon tea yang tinggal separuh tu.Melampau betul...Aku backhand betul-betul baru kau tau. AO merenung wajah Minn yang tak beriak.Tapi macam dah kelat semacam je...Ekekeke...Takkan tak cair tengok muka aku kot. Minn bangun. “Fikir la.Next Tuesday kita jumpa.Kat sini jugak.By 5.30 kau takde,aku blah.” Terus dia berlalu tanpa memberi ruang kepada AO berkata-kata. versus[PartI]~Episode3 “What a pleasant suprise!” “Gina!”Minn hampir ketawa. “Apa you buat kat sini?” Gina senyum. “Jalan la.”Dia menunjukkan lelaki di sebelahnya. “Juke.Juke,this’s Edina.” “Ed?”Juke merenung Minn dengan sebelah kening terangkat.Kemudian dia menarik sengih. Minn menampar bahu Gina. “Minn,Gina.” Gina ketawa. “Kat Halo Planet tengah on.The usual stuff.B-boys pun ada.Fudge on special.Miju pun.Nak ikut?” Minn geleng sambil senyum tawar. “You’re not forgetting us,right?” Minn mengangkat pergelangan tangan kanannya. “Then why am I wearing this.”Ujarnya sambil ketawa. “Miss you guys.” “And the Sun misses you.” “Gila!” Ketawa. ********** “AO!Kau nak join ke tak nie?” “Bangang!Aku tengah siap la nie!”AO terkial-kial memakai jam dengan telinga kanannya mengepit handset ke bahu. “Aku nak turun la nie.” “Kitorang dah kat bawah.” “Righto!”Talian dimatikan.Dia nak main pool! **************** “Minah tu kerek aaa...” Laju bahunya ditolak. “Best friend awek aku tu...Kau yang tak kenal dia lagi.Suka ati je nak judge.” Jett merenungnya sambil ketawa. “Kau kenal dia ke?Minah kuno tu?” “Manners AO...Manners...”Jett menarik rokok sebatang dari kotaknya. “Rugi kalau kau tak ambil peluang dengan pertolongan dia.Pasal projek-projek nie semua at her fingertips je.Sempoy pulak tu.Tapi kau jangan la cari pasal dengan dia awal-awal.Hangin la dia nanti.” AO mencebik. “Dah hangin satu badan pun...” *** “5.25.”Ketawa. “Takkan dah nak balik kot.Kata kalau lepas 5.30 baru nak balik.”Ujarnya pada Minn yang dah berdiri di tepi meja itu.Ice lemon teanya dah habis. Mata Minn merenung AO atas bawah.Terhenti pada papan skate yang dibimbit di tangan kanan. “Hari tu main basket,hari nie main skate pulak?”Dia menarik kembali kerusi lalu duduk. AO menelan liur. “Mana...Bila masa pulak I main basket?” Minn senyum menyindir. “Entah.Nampak dalam mimpi kot.”Berasap telinga aku masa Jett tersasul bagi tau hari tu. AO sengih selamba. “Hari nie I bawak notes ngan pen.” Minn angkat kening. “Impressive.” Sama-sama diam. Que tiba-tiba datang menghampiri.Dia meletakkan segelas ice lemon tea dan tin 100Plus bersama gelas berisi ais ke atas meja mereka. “Que,I tak order.” “I order.”Tiba-tiba AO memotong.Dia membalas renungan Minn yang merenungnya dengan kening terangkat. “Berbudi pada mentor.”Ujarnya selamba. Minn sekadar angkat bahu.Dah orang nak belanja. “So,where’re you now?” “Kat sini.” “Ha.Ha.Ha.”Minn menjulingkan mata. AO ketawa besar.Lawak la pulak minah nie. Bibir Minn mengoyak sengih.Apa yang awak sangat?Tapi aku yang lawak tengok dia gelak. “Your project.Dah ada rough ideas?” “Err...I...” Minn merenungnya. “You tolong I brainstorming la.Payah la buat sensorang.Tak dapat nak pusing.”Ujar AO separuh mengeluh,jujur. “Beku je rasanya.” “Maybe we can look at some of these.”Minn meletakkan laptopnya di atas meja. “Some of my projects.Maybe we can get some ideas from them.” “Maybe we can just modify them.”Mata AO bersinar. “Over my dead body.”Mata Minn mencerun. “Hoo...Joking...Joking.." versus[PartI]~Episode4 Jemarinya berlari menekan keyboard laptop.Sesekali dahinya berkerut.Alamak ai....payah betul!AO menggaru kepalanya yang tak gatal dengan belakang ballpen.Baru nak buat intro pun terkial-kial.Apa yang kena ada dalam intro?Ish...Email address mentor aku tu pun lupa dah dicampak ke mana.Payah betul.... “Mentor,you bagi you punya handset number.Payah la....Stuck tengah-tengah progress.Buat gila je!”muka AO berkerut.Free je malam tadi burn awal.Spoil... Minn tak mengalih muka dari skrin laptopnya. “Main basket lagi?” AO sengih selamba.Dia tau dah pukul 5.45. “Salam tak bagi.Apologize pun tak.” “Sorry mentor.Assalamualaikum,ustazah.” Minn mengalih pandangannya ke arah AO.AO merenungnya dengan muka innocent. “Main kat mana?” “Ek?” “Main kat mana?” “Brookland Park.Dekat dengan....” “Bronx?”Wajah Minn sedikit terkejut. Nyata wajah AO turut memancarkan riak yang sama. “You tau Bronx?” Allamak ai....dekat rumah aku tu...Jiran aku ke nie.... “You tau Bronx?”Tekan AO lagi. “Pernah dengar.” “I see.”AO mula menghidupkan laptopnya. “Mentor,bagi la handset number.” “Tak nak aku.Nanti buat tak senang hidup je 24/7.”Minn membalas selamba. “Email add kan ada.I’ve got messenger.” AO mencebik.Kerek.... “Email add tu hilang la.” Minn geleng sambil menjulingkan mata. “ hlovate@yahoo.com.” “Online tiap-tiap malam ke?” “Depends.” “Abis tu kalau aku emergency macam semalam?Mati kutu je tak tau nak buat apa.” Minn ketawa lucu.Apa punya lawak la mamat nie. “Eh,gelak pulak dia.” Minn menahan sengih yang menarik pinggir bibirnya. “012-3456789.Tapi jangan la kau call pukul 3 4 pagi.Kalau tak aku ban je number kau.” AO sengih. “Ai ai madam.” “Bila kau nak survey harga barang?Plus untuk contact companies tu.Weekend nie aku free la.” AO buat muka blur. “Survey harga barang?Kau nak ikut sekali ke?” “Abis tu kau nak buat sorang?Aku tak kisah.Tapi jangan kata aku partner tak guna.” Dalam otak dia berperang dengan diri sendiri.Takkan nak jalan dengan minah nie?!Malu aku mak oi kalau diorang jumpa!Tapi nanti aku mana reti nak tengok harga barang.Nak negotiate untuk best price.Nak bercakap ngan tokey-tokey kedai tu.Hee..... “Tapi rasanya kalau kau pergi sorang lagi senang kot...” “Tak aci!Kau ikut sekali.” Minn angkat bahu. “No sweat.Saturday at 11?Time tu banyak kedai dah bukak.” AO hanya separuh mendengar.Isk...Cemana aku boleh kata nak jalan ngan dia nie... “Naik LRT je la senang.” “Kau dok mana?” “Kita jumpa je la kat sini.Jangan lupa bawak laptop sekali.” *** Ampang Point sesak!Entah apa yang dicari orang berpusu-pusu tu dia pun tak pasti.Sangkakan tempat nie tak la sesak sangat banding dengan shopping complex lain.Rugi je naik LRT jauh-jauh.Dah la laptop nie berat! “Tu.Pay Less Bookstu.” AO berpatah balik ke belakang.“Sini?” “Tanya la berapa diorang ambilfor second hands.Kan tu salah satu source untuk fund nie?”Minn mengeluarkannotebook dari salah satu poket cargo-pants nya. “Your turn.Kat kedai trinketstadi dah turn aku.” AO merengus sebelum melangkah kearah kaunter pembayaran di sudut kedai itu.Minn melangkah ke arah rak-rak yangbersusun buku-buku.Matanya merayapi barisan-barisanpaperbacks.Ha!! Di kaunter AO masih berurusandengan pekedai itu.Ada ke patut mentor aku tinggal je aku camni?Suruh buatsensorang?Ish....Dia menjeling dengan ekor mata ke arah Minn yang leka menarikpaperbacks satu demi satu dari raknya.Hish...Tu nak buat apa pulak tu?Datangsini nak shopping ke nak buat survey? Minn melangkah ke kaunterpembayaran dengan tangannya memegang 4 buah paperbacks.Dia mengangkat kening kepada AO sambil menghadiahkan senyum kepada wanita pekedaiitu. “Dah settle?”Minn meletakkanbuku-buku itu di atas kaunter. “Dah.”AO membelek buku-buku yangdipilih Minn. “Kau baca buku-buku macamnie?” “Best apa Patricia Cornwellpunya Dr.Scarpetta.”Minn beralih ke arah pekedai di belakang kaunternya.“Kira,kak.” Melangkah keluar dari premis ituMinn meneliti semula list di dalam notebooknya.AO menumpanglihat. “Enough for today kot.” “Sports store tak pergilagi.” “Heyya!!” Serentak Minn dan AO sama-samamengangkat muka medengar laungan itu. “Hey yamate!!” Empat orang anak muda melangkah riang ke arah mereka. Dahi AO berkerut.Alamak! “Gosh!!Can’t believe this!” Kini mereka betul-betul berhadapan. “ED!!!”Keempat-empat merekabersuara hampir menjerit. Minn mengetap bibir.Kemudian dia ketawa. “Hi guys.” “Ed baby...Miss you so muchola!.”Budak yang memakai snowcap Stussy dan blue-tinted glasses bercekak pinggang sambil merenung Minn.Bibirnya mengukir sengih. Rakannya yang bercermin mataold-school dan memakai rantai Anarchy di leher tu sama merenung Minn atas bawah.“You still looks like the ol’cool Ed.” “Stop it Fudge...TJ...”Minn menjulingkan mata. “Don’t you miss us?”Tanya anak muda yang rambutnya panjang mencecah leher baju. “Tak.”Minn ketawa.Dia mengalih pandangan pada seorang lagi yang senyap dari tadi. “Rage,apahal pulak dengan kau nie.Terkedu je dari tadi.” Rage sengih. “Can’t believe it’s the ol’ Ed’Sassin.” Minn sengih kelat. “Dah la tu....” “Boyfriend?”Tanya Cid si rambu tpanjang sambil merenung AO yang masih lagi tegak tanpa kata di sebelah Minn.“Eh,you budak Bronx kan?” “No.”Minn menjulingkan mata.“Kitorang tengah buat survey untuk projek.” “Hey ya mate!”Fudge sengih padaAO. “I ingat you.Nice backside lipslide*.KatStoned.” “You too.That backsidemelon*was something.”Fudge of Wrath.... Rage dan TJ merenung Minn dengandahi berkerut. “Ed.Kau dah join Bronx ke?Pindah Brookland kau join clan sana pulak ye?” Minn merenung wajah keempat-empat sahabatnya itu.Kemudian dia menarik senyum segaris. “Sampai hat ikorang....” “Tipu!”Kerut di dahi Rage bertambah kusut. Minn menarik sedikit sleeve bajutangan kanannya.Bracelet besi dengan WRATH bertarah di atas plate stailess steelitu berkilau dipanah cahaya lampu.Dia merenung Rage. “Tipu ye?” Fudge,TJ dan Cid ketawa.Begitu juga Rage. “We miss you.Sun misses you.”ujar Rage sedikit mengeluh. “Next Saturday ada event kat Ghouls’.”Fudge merenung Minn,mengharap. “Join the party?” Minn senyum tawar.“Fudge....Bukan aku tak nak...” “Kitorang faham.”TJ merenungwajah Minn. “Let it be Minn or Edina or Ed or what,you won’t forget us,kan?” Minn senyum ikhlas.Angguk. *********** “Kita makan?” Minn merenung jam. “Zuhur dulu kot.Dah pukul 2 nie.” AO terkedu.Zuhur?Dia menelan liur. “Err...you pergi la.I cari port.” Minn senyum sinis. “Uzur ke?” AO sengih kelat...Ish...Ustazah nie...Ustazah ke?Hish....aku dah la aci tenggelam timbul je bab sembahyang nie.Mau terkial-kial aku.Alamak ai..... “I teman you turun bawah la.” “Bukan nak suruh teman,nak suruhsolat.”Minn dah berlalu dulu. *backside lipside and backside melon are skating tricks[or someoutsiders call it action or antics or whatnot] versus[PartI]~Episode5 Susahnya nak percaya!Ed’Sassin of Wrath.Dia ingat gadis itu.Pertama kali dilihatnya masa scene di Hype.Masa tu dia baru menyertai scene di Bronx setelah berpindah dari Ipoh.Girl skater yang perrggh....Sekali tengok gaya macam Jaime Reyes walaupun tak la sampai tahap superskater macam minah New York tu.Cun dan seksi!Rambut panjang hitam berkilat ikat ekor kuda .Senyum je selalu.Ada lesung pipit di pipi kiri.Sangat sweet.Tailslides dia pun...Tabik spring aku!Memang dia ingat Ed’Sassin masa tu.Sleeveless turtleneck warna hitam dengan white cargo.Feminine yet sassy!Dan dia cuma mampu memuji dari jauh bila mendengar gadis itu awek Sun of Wrath!Jugak adik pada Ked Flop of Wrath yang famous dengan tailspin yang merupakan trick peliknya tu.Tapi sekarang...Ish...Biar benar?!Dan dia duduk dekat sini je!Right here in Brookland!Macam mana aku boleh tak perasan mentor aku tu Ed’Sassin?Dan kini nyata dia melihat gadis itu dari sudut pandangan yang berbeza! *************** Minn berbaring di atas katil sambil jemarinya mengurut pelipis.Penatnya mak ai...Jalan dekat setengah hari!Higher yang memekak dari speaker hi-fi dibiarkan.Matanya dilemparkan pada aksi air-hook Jordan.Otaknya kini terasa tepu dengan management theories.Ugh....Tu belum hal projek si AO lagi tu.Harap-harap dia survive la dengan planning untuk harga barang tu. Handsetnya tiba-tiba melagukan Faint .Dahinya berkerut.Nie number tak kenal nie.Dia merengus perlahan.Entah-entah si Jay gila tu agaknya. “Assalamualaikum.Hallo.” “Err..Waalaikumsalam.Minn Edina?” Hampir ketawa Minn mendengarnya.Nie sapa pulak telefon pukul 1.30 pagi siap panggil nama penuh lagi tu. “Siapa nie?” Ketawa. “Tak tidur lagi?” Dahi Minn berkerut.Aku pantang betul orang tak introduce diri tapi sembang gaya macam orang kenal dia je. “Siapa nie?”Tanyanya sedikit keras. “I la.AO.” Laa...budak nie ke.. “Apahal?” “Esok kita gi KLCC?” “Haa?!Kau gila ke apa?!” “Uiks...relax aaa...Sentap je apahal?” Minn merengus perlahan. “KLCC?Nak buat apa?” “Survey barang mana habis lagi.”AO merenung skrin laptopnya. “Amacam?OK?” “Penat la.” “Hmm...aku drive la camtu esok.I’ll fetch you from your house.Rumah you kat mana?” Tegak Minn mendengar cadangan itu.Sah kerja gila sampai nak datang-datang rumah la pulak.... “Later tak boleh ke?Isnin la.Petang tu lepas kelas free kot.Terus pergi dari kolej je.” Diam. “Esok tak boleh?” “Esok Ahad.Kan ramai orang.Payah kalau ramai-ramai orang nie.” “Hmm...Ye la..Ye la...”AO mengalah. “Ed...” “Don’t call me by that name!” “Kenapa Ed?”Separuh tersenyum AO bertanya. “Minn.” “Ed’Sassin.” “You’ve no rights to call me by that name.” “I was one of your fan,you know.” Kalau ada AO di depan matanya mau dicekik leher lelaki itu. “Sambung la projek kau tu sorang-sorang!”Terus talian dimatikan dan handsetnya dioff. *** Tubuhnya dihempas di tepi court.Mineral water yang ditarik keluar dari sportsbag diteguknya rakus.Panas!Peluh meleleh-leleh membasahi tubuh.AO mengelap wajahnya dengan tuala muka.Member-membernya yang lain rancak berkejaran di tengah court.Jett keluar dari court menghampirinya dengan langkah termengah-mengah. “AO,pau air sikit.” Botol mineral water itu dihulur. “Takde consultation hari nie?” “Esok.” Angguk. “Jett,mentor aku tu best friend A’ai?” Angguk lagi. “Kau kenal dia?” “Kenal gitu-gitu je la.Kekadang lepak sekali.”Jett meneguk lagi air. “Dia kan dok area nie je.” “Dia ex-Wrath,kau tau?” Jett angguk lagi. “Tau.Tapi dia tak suka orang ungkit.” Wajah AO berkerut sedikit. “Takkan tak bangga?Kalau aku tau awal-awal tu Ed’Sassin....dah lama aku...” “Dah lama kau apa?”Jett merenungnya sambil tersengih. “Apa-apa je la.”AO mengangkat kedua belah tangannya sambil ketawa. “Mati-mati aku ingatkan ustazah kuno...konservative....Sekali...” “Jangan kau ungkit depan dia.Hangin dia nanti.” “Kenapa dia change?” Jett jungkit bahu. “No idea.Since dia pindah dari sana terus senyap.Perasan tak?Lepas 2001 mana ada dengar citer pasal Ed’Sassin dah.Kalau Wrath turun pun dia mana ada.Padahal tu awek Sun tu.”Jett melempar pandangan ke tengah court. “Tup tup dia kat sini.Aku pun baru tau 2 3 bulan lepas.Itu pun pasal kitorang terserempak dengan clan Wrath kat Mid Valley.Pa’an ngan Am.Sebelum tu mati aku tak tau.Mati jugak aku tak tau dia tu adik Ked Flop.” AO angguk.Gitu... “Orang panggil dia kat sini apa?” Jett merenung muka AO.Terkejut.Kemudian dia ketawa besar. “Abis tu kau panggil dia apa?” “Mentor.” “Minn.” versus[PartI]~Episode6 Minn!! AO menggendang meja.Ah...Sudah!Takkan gila-gila marah kat aku pasal panggil dia Ed’Sassin hari tu?!Takkan sampai betul-betul tak nak jadi mentor aku!100 Plus sudah habis menuruni rengkungnya sebanyak dua botol.Namun kelibat Minn langsung tak nampak.Cuba didail nombor telefonnya,suara operator mesra menyapa telinga mengatakan numbernya telah diban oleh gadis itu.Gila sungguh....berpatah arang berkerat rotan namanya nie....AO setia menunggu hingga jam menjejak 6.45.Dan sehingga itu juga Minn tak kunjung tiba. Rabu. Stacy’s Mom menemaninya.Minn memejam mata sebentar.Jam dah menunjukkan pukul 5.30.Pintu biliknya tiba-tiba terkuak.Wajah Evi terjengul sambil menghadiahkan senyuman manis.Dia melangkah masuk. “Amacam,okay?” Minn menjulingkan mata. “You know me.” “Kawan Angah datang.Kat bawah dengan ma.Mama ajak dia naik.Angah pakai la tudung.”Evina menarik tudung blueblack yang tergantung di kepala katil lalu dihulur kepada kakaknya. “Berapa orang?Siapa?” “Dua orang je.” “Yaya?A’ai?”Minn menyarung tudung ke kepala ala kadar.Mesti datang dengan Jett nie. “Bukan.” “Abis tu?” Terdengar suara orang bercakap diluar pintu.Pintu bilik terkuak.Ibunya berdiri di situ dengan seorang lagi yang tak dapat dilihat wajahnya. “Angah,kawan datang nie.” “Masuk la.”Spontan bibirnya membalas. Evi bangun dari birai katil lalu melangkah ke pintu. “Ashraff,masuk la.” Hampir tercabut mata Minn melihat AO melangkah masuk ke dalam biliknya.Riak wajahnya tenang.Senyum ikhlas terukir di bibirnya.Mati kata-kata Minn untuk bersuara.Ibu dan adiknya masih tercegat di pintu. “Angah,mama kat bawah.”beritahu ibunya sebelum berlalu. Minn angguk bisu. “Che’E kat sebelah.”ujar Evi membahasakan dirinya. “Che’E,leave the door open.”Cepat-cepat dia bersuara kepada adiknya sebelum dia berlalu. Evi angguk sebelum menghilang ke biliknya di sebelah. AO masih lagi berdiri tegak di tengah bilik. “Err..hi.” “Hi.”Toneless Minn menjawab.Serba tak kena dia dibuatnya.Entah kenapa dia sendiri pun tak tahu.Dari mana pulak datangnya mamat nie?Jatuh dari langit? “Is it okay for you I come over?”Tanya AO tenang merenung Minn.Sekilas matanya menyapu poster-poster yang tergantung di dinding.The personality of Minn Edina aka Ed’Sassin yang tak hilang lagi minatnya dari alam street. “Duduk la.”Pelawa Minn sambil cuba bangun untuk bersandar di kepala katil. AO menarik kerusi study ke tepi katil.Backpacknya diletak di lantai sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Sunyi. Mata AO jatuh pada frame berkembar tiga di atas night table.Zaman kegemilangan Ed’Sassin of Wrath dengan aksi crooked grindnya*.Gambar di sebelah itu pula aksinya bersama Fudge,Sun,dan Miju bermain roller-blade.Gambar terakhir adalah gambar Minn bersantai dengan Ked Flop di tepi rail dengan wajah riang.Deck* masing-masing diriba.Matanya kembali memaku pada aksi solo Minn.Dia memang cantik.Tengah buat trick pun muka nampak sweet lagi.Hanging tee warna oren dipadan dengan over-sleeveless putih.Khakisnya dilipat hingga ke atas buku lali kasut. Pap! Hampir melatah AO apabila Minn menelangkupkan frame itu ke meja.Serius air mukanya.AO masih dengan riak selamba.Dialih pula matanya pada wajah Minn yang real.Pucat... “Apa yang kau tengok?” “Pucat...”balas AO lembut. “Apasal tak bagi tau yang you demam?Dah la ban number I pulak tu.” Minn diam tak memberi reaksi.Memang dia demam sejak hari Ahad hari tu lagi.Tak tau kenapa.Mungkin pasal berhujan masa jogging petang tu.Dan memang dia lupa juga nak menyampaikan pesan pada AO untuk cancel meeting semalam.Kepalanya pusing sampai tak tau nak fikir apa. “You marah I?” Minn geleng tanpa memandang wajah AO.Yang mamat nie pun satu.Entah angin mana sampai boleh tersesat ke sini.Sejak bila pulak la consistent je main I,you nie.Selama nie jumble je I,you,kau,aku. Minn menarik nafas panjang. “Sorry la tak inform pasal meeting semalam.”Dia mengalih pandangan ke wajah AO.Hish...Nie apahal tengok aku macam gaya apa je. “Kenapa?”Tanyanya dengan kening berkerut. AO geleng. “Garangnya.You tak suka I datang ke?” Minn merengus perlahan.Tengok tu.I,you lagi! “Sorry.Angin tak betul.Macam mana boleh sampai sini?” “Jett bawakkan.Dia kat bawah Jett tu neighbour satu line dengan I.” “Dah minum?” “Your mum dah hidang kat bawah tadi.” Senyap. “You dapat MC sampai bila?” “Friday.” Senyap lagi. Minn cuba menonggang isi otaknya untuk mencari topik perbualan tapi buntu! “Khamis nie kira you takde la?” “Emm..nampak gayanya.”Minn melemparkan pandangan ke arah meja studynya. AO turut memandang ke arah meja study.Jatuh pada AND1* MIXTAPE yang bersusun. “You pun suka AND1?” Wajah Minn bertukar riak.Dia menarik senyum segaris.Angguk. AO sengih. “I see...”Dia merenung jam. “Dekat pukul 6.00 dah.I balik dulu la,kay?You rest la baik-baik.”Dia menarik backpack ke atas riba. “Okay.Thanks for dropping by.” AO menarik zip backpacknya. “Actually I bawak err...something untuk you.” Minn merenungnya. “First draft paperwork?” AO ketawa. “Bukanlah.” “Habis tu?” AO tak menjawab.Dia meletakkan Bugs Bunny yang dikeluarkan dari backpacknya ke atas riba Minn. “But to think again,I think you’ll enjoy this better.”Dia meletakkan pula case VCD di atas patung arnab itu. Sekilas Minn membaca covernya.MSS*!Live in NY!Dia merenung AO. “Bagi terus ke bagi pinjam?” AO ketawa. “Bugs Bunny tu I bagi pinjam,MSS tu I bagi terus.”Dia mengenyitkan mata. “I balik dulu.Take care.”ujarnya sebelum melangkah ke arah pintu. Minn terdiam tanpa kata. “By the way,sampai bila you nak ban number I?” *crooked grind-another skate trick *deck-papan skate tu *AND1-scenes basketball on the street by the group in the USA.A cool mix of street basketball,hiphop beat,and tricks.Now they've their own cool brand.AO is one of the star player in the scene,other than Skip to My Lou aka Rafer Alston,Hot Sauce,and lot more others. *MSS-Mobile Skateboarding Series[kinda series of shows depicting tournaments n events of skateboardingcan catch this one on ESPN too.] versus[PartI]~Episode7 Esoknya AO datang lagi!Terasa mahu “You tak suka I datang?” “Tak manis la.” “I taruk gula.”AO ketawa. “Gila!” Ketawa AO mati. “Kalau you tak suka,I balik.” Dia bangun dari kerusi study yang ditariknya ke tepi katil lalu mencapai beg laptop. Buat muka kesian pulak tu...Hee... AO angkat bahu.Tak membalas.Matanya menala ke tingkap. “You kat mana sekarang?” “Disco.”Sarcastic AO menjawab sambil memandang pintu. Minn ketawa kecil. “Merajuk la pulak.Dah la tu...Karang aku extend MC sampai minggu depan,alamat buat la projek nie sensorang.” Dia merenung AO. “Duduk la.We’ll see what you’ve got.” AO duduk semula di kerusi.Laptop dikeluarkan dari begnya lalu diletak di atas katil.Riak wajahnya serius.Tiada segaris senyum menghiasi.Laptop dihidupkan.Sementara menanti loading ruang antara mereka diisi sepi. “Senyum la sikit.”Perlahan Minn bersuara. AO menarik senyum sesaat,kemudian kembali menarik muka serius.Minn ketawa.Hmm..Tu dah elok la tu.Akhirnya AO turut ketawa. “Muka you tak nampak pucat sangat macam semalam.”ujar AO sambil matanya tajam merenung wajah Minn senyum sambil mengangkat kening. “Makan ubat,cepat la baik.” “Mana...mesti baik sebab I datang semalam,kan?” “Perasan!” Minn menarik VCD MSS Live in NY dari laci night table nya. “Thanks.” Case Mobile Skateboarding Scene itu diletak di depan AO. “Taz Pappas and ol’Tony buat trick macam bukan orang je.But I missed Jerry Tsu and Omar Hassan alright.”suara “ “Yes?” Lama mata AO singgah di laman wajah “Ahad nie kita gi Mid Valley?” “Ek?!”Hampir ternganga AO merenungnya kembali. “Apahal yang terkejut sangat?” Minn cepat-cepat geleng. AO menekan keyboard.Sesekali telunjuknya mengetuk Syntap mouse pad. “Survey harga barang tak habis lagi nie.My deadline lagi berapa minggu je lagi.”Dia memusingkan laptop itu agar skrinnya menghadap ke arah Minn. “Boleh la, kay? I drive.Tak la penat sangat.” Minn merenung skrin.Memang tinggal lagi suku sahaja dari table itu belum berisi. “Takut tak larat la....”ujarnya separuh mengeluh. “Hari tu kata nak survey kat KLCC je.Pergi sorang tak boleh ke.”Dia mengalih pandangan ke arah AO. AO diam. “Tak boleh tak pe la.”Akhirnya dia menjawab perlahan. “Fetch me around 10 then.Tapi kalau I pengsan,usung balik rumah.” AO sengih. “Ai ai ma’am.” *** “Kenapa Mid Valley?” AO mengelak sekumpulan remaja yang berjalan dari arah bertentangan dari melanggarnya. “Kenapa?” Minn jungkit bahu. “Nak pergi kedai mana nie?”Namun dia tetap mengikut AO ke arah eskelator.Nie dah nak sampai 3rd floor dah nie. AO tak menjawab.Dia terus melangkah di sebelah “Ruffey?!!”Berkerut wajah Minn merenung AO. AO berpaling. “Teman I shopping kejap.”Dia sengih. “Please...” Minn menggeleng cemas. “Tak nak..” AO berdiri betul-betul di hadapannya. “Takut jumpa Sun?”Tanyanya lembut. Minn terpaksa mendongak untuk merenung wajah AO. “Kau tipu aku...” AO ketawa kecil. “Kejap je.Lepas tu kita makan,lepas tu kita balik,kay?”Dia merenung mata Minn merengus perlahan. “Better make it fast.” “Okay!”AO senyum ceria. Mereka beriringan masuk ke dalam premis itu.Minn buat tak nampak dengan pandangan-pandangan pelik yang merenungnya atas bawah.Mana pernah orang jumpa minah pakai tudung,pakai long sleeve masuk kedai macam nie! “Popping Pluto!!” Aku dah agak dah..... “Ed!!!” “Hi Klutz.”Minn sengih. “Hi Apek.”Dia menegur lelaki di belakang kaunter itu. Apek dan Klutz merenung AO. “Oi AO,mana kau dapat long lost angel nie masuk sini ha?” AO sengih. “Kitorang satu kolej la.Nie mentor aku nak buat projek.”Dia melangkah ke arah bahagian wheels. “How’s your brother?Ked?”Tanya Apek sambil berpaling semula ke arah Minn. Minn berjalan ke arah AO. “Kat “Laa...dah cekeding boleh cekeding lagi?”Klutz geleng kepala.“Alamat buat trick melayang je la.” Minn hanya angkat bahu sambit tersengih. “Kau nak beli yang mana nie?” Tanyanya rendah pada AO yang leka merenung wheels yang tersusun. “Suggestion.” “Tak tau.”Minn menjawab masam. “C’mon...”AO merenung Nyata Minn tak memandang langsung ke arah anak muda itu.Dia menggigit bibir. Senyap. “Aku suka Bones.”Akhirnya Minn bersuara.Payah bunyinya. “Trucks aku suka Phantom.Ringan.”Dia menambah sambil menunjuk ke arah deretan trucks. “Tapi tu preference aku la.Tak tau la kau pakai apa.” “Sama.” Minn berpaling ke arah AO.Sejenak mereka bertatapan. “Sun Devil!!!”Laungan itu tiba-tiba mengejutkan mereka. “Hayya doin’?”Ketawa. “Siapa tu?”Terdengar ada suara yang bertanya. Terdengar pula Klutz ketawa. “Angel,meet your ol’buddies.” Sekilas dia melihat AO di sebelahnya sebelum dia berpusing. “Ed.”Kedua-dua anak muda itu terpaku. “Ed!!It’s you!!”Miju meluru ke depan. “Can’t believe it’s my luck!”Dia ketawa. “They’ve been all so riak because they got to bump into you on strolls.Aku je yang tak pernah.”Tangannya digawangkan macam windmill.Dia merenung “You’re still my old Miju.”Minn sengih tawar. “I’ll never get that hardflip kalau kau takde.”Namun pandangannya melepasi bahu Miju ke arah anak muda yang masih lagi tak bergerak dari tadi. “Hi Sun.” “Hi...Edina.”Namun riak wajah Sun sukar ditafsir.Senyum di bibirnya seolah begitu payah untuk diberikan.Matanya terhenti pada AO yang masih berdiri di tempatnya. “Oh..”Minn berpaling ke arah AO. “Guys,that’s my college mate.We’re doing surveys in Mid Valley.And a bit of shopping.AO” Dia berpaling semula ke arah Miju. “Ooo...Yang Fudge citer kat aku tu...” “Haa..yang nie la.”Minn sengih “Aku masuk kolej kerja kena handle projek dengan aktiviti je.Penat aku.”Dia berbicara dengan versus[PartI]~Episode8 Casing diskette dan fail-fail itu di hadapannya itu direnung terkejut.Dia mengangkat muka semula.Pandangannya ditala pada wajah-wajah di hadapannya, “ AO menghela nafas panjang. “Apa yang kau dah buat dengan dia sebenarnya nie?”Tanya A’ai. “Dia tak cakap apa pun kat kitorang.But seeing camni,have to be pretty serious.” “Kau provoke dia,ek?”Jett serkap jarang. “Terjumpa Sun semalam.” “Sun of Wrath?!”Tanya Jett hampir tak percaya.A’ai dan Yaya sedikit terpinga. AO angguk. “Kat Ruffey Mid Valley.Aku pujuk dia teman aku beli wheels ngan truck.” “Ex Minn.”ujar Jett pada A’ai dan Yaya yang masih muka blur.Dia beralih semula kepada AO. “ *** Minn menapak lepak mengambil angin.Sesekali dia meregangkan tangannya ke hadapan.Relax!Earphone di telinga kanannya melagukan Rest In Pieces.Langkahnya dihala ke arah park bench yang tak berpenghuni.Lambat-lambat dia duduk.Matanya dilepaskan ke arah skatepark di hujung park yang rancak dengan skaters-skaters Bronx.Jauh sedikit dari skatepark itu basketball court juga riuh dengan game yang entah ke berapa.Minn menarik nafas panjang-panjang,berharap agar kekusutan dalam kepalanya turut dapat dibawa pergi bila nafasnya dilepaskan.Along.... “Assalamualaikum.Tumpang tanya?”Tiba-tiba ada suara yang menyapanya dari belakang. “Boleh join?” Minn angkat bahu.Dia mengalih semula wajah ke hadapan. “Sure.” Lelaki itu melabuhkan diri di hujung kerusi bertentangan Minn.Matanya turut sama memerhati skatepark yang menjadi tumpuan “You buat apa kat sini?”Minn merenung tanah. “Jalan.” Sepi. “Lama tak nampak,Edina.” Minn mengangkat wajah mengadah ke langit. “What’s it,Sun.” “You dah lama tak jenguk kitorang.Tak pernah pun.Tak rindu?”Sun masih memandang ke hadapan. “Yang paling bising Miju,Fudge,dengan Rage.Miju la yang paling teruk.Sehari tak sebut tak sah.Ed itu...Ed ini...Dah jumpa kat Ruffey hari tu baru senyap sikit.” Minn menarik senyum kelat. “Kalau turun pun mesti ada orang tanya.Mana Ed’Sassin?”Sun merehatkan siku kanannya dia atas tempat sandar. “Terkulat-kulat je kitorang tak tau nak jawab apa.” “Kata je Ed’Sassin dah mati.”Antara terdengar dan tidak suara Minn keluar. “ Minn menarik nafas panjang. “Memang dah mati pun.Ed’Sassin dah takde.Dah mati.Dah pupus.Yang tinggal ada Minn Edina je.”Matanya mula terasa panas. Sun mangalih pandangannya ke laman wajah Addin. “My Edina?” Terasa sesak dada Minn mendengar pertanyaan itu. “Start a new beginning,Sun.”Payah kata-kata itu terkeluar dari bibirnya. “Zaman main-main tu dah lepas.You’re not a loser.Just let fate fares you better in the future.” Dan di kejauhan AO masih lagi tegak berdiri. versus[PartI]~Episode9 Suasana serba sesak.Di celah cahaya lampu-lampu kelam dan asap rokok yang berkepul-kepul AO tersandar di kerusinya.Matanya mengadah siling sambil kepalanya ikut sama bergerak dengan irama trance yang entah siapa menjadi DJnya.Di tengah dance floor entah clan mana sedang menari membuat persembahan.Dialih matanya ke arah aksi headspin di tengah gelanggang.Mantap!Namun entah kenapa wajah Minn jugak yang turut sama menari di matanya.Bengong.... Jett yang termengah-mengah datang menghampirinya. “Wei mangkuk.Ayan semacam nie apahal?”Dia menghempas tubuh di sebelah AO Bisu. Dahi Jett berkerut.Nie apahal pulak nie... “Oi...apahal?”Bahu AO ditolaknya. AO mengeluh lanjut. Jett menggeleng. “Apahal nie?Risau pasal projek?” AO geleng.Dah 88 kali aku call,88 kali jugak suara operator tu yang jawab.Hantar email jangan kata la.Memang tak berbalas.Try call rumah,kena reject jugak.Haila....Macam mana nie? Jett muka pelik. “Abis tu?” Tiba-tiba AO duduk tegak. “Jett,kau mesti tolong aku.” m^ed: along,ari tu angah jumpa sun ked_flop: then? m^ed: angah tak leh nak lari la long...kenapa mesti jadi macam nie?mmg la skarang i’m all these.but i cant get away from my passion.skating’s still in my blood,street,the essence.angah tak leh lari. ked_flop: meaning angah nak cakap angah tak dpt lari dr ada feeling ngan sun?for now?still? m^ed; bukan cam tu.hell with that guy.i dun give a cent to that.tu ked_flop: kenapa tetiba angah boleh bangkit balik pasal nie?bukan dulu kita dah deal tak nak sentuh dah ke. m^ed: i was dragged.by sumbody.damn stupid sumbody ked_flop: and may i knoe?who?miju?he’s fond of u m^ed: nope.a guy at college.dak bronx.maybe it aint intentional.yet... ked_flop: m^ed:along.... ked_flop: then?kenal cemana?hah!dun tell me its that frilly jay m^ed: bukan la.tis guy my mentee for soc project.along...angah rasa so damn lost! ked_flop: angah,hear along nak cakap.arwah atuk bukan saja2 wasiatkan angah gantung deck,tinggalkan street.he wantd u to be a better person.yes,we may say that he and us are from diff era,yet he knew best.dia org tua,dah lama makan garam.ingat apa arwah atuk cakap?tak manis anak dara hang around that kinda clan.nanti hilang seri.fikir2 balik betul jugak.now u r reaching 20.not a girl,and aint yet a woman.still,u r growing up.take it on the positive side,angah.along tau,it aint easy.i know skate is in ur very blood n bone.i’m d one who’s responsible dragging u to the world.tp along kena akui kata2 arwah atuk jugak.yet,u’ve tried up till now.and i’m proud of what u r now,nontheless before. ked_flop; angah? m^ed: ere. ked_flop:try angah.for atuk’s sake,me,ma,pa,the rest.anything u wanna spill,i’ll be right beside you,kay? m^ed: thanks along. Handset yang tiba-tiba melagukan The Reason mematikan lamunannya.Dahi “Hello,assalamualaikum.” “Waalaikumsalam.”Di belakangnya terdengar bunyi rintik hujan. “Jett?”Tanya Minn teragak-agak. “AO.”Tenang suara itu memperkenalkan dirinya. “Please,Minn.Bukak tingkap bilik you kalaupun you nak matikan line nie.” “Huh?!” “I’m freezing right outside your window.On the roof.” “No kidding.Please...” “ “ Memang...Cantiknya dia di mata aku.Pandangan AO seolah lekat terus di wajah Minn.Tambah cantik as the way she is that her physicals come second.The qualities within...Lebih menyerlah.Terasa seolah enggan matanya melepaskan wajah “It is still raining.”Tiba-tiba suara Minn terus berundur dari tingkap menuju ke almari pakaiannya.Tangannya terasa menggeletar.Handset dicampak ke atas katil.Selendang yang tersangkut disarung terus ke kepala.Damn!Dalam keadaan ini dilihat oleh AO...Nasib baik PJs nie long sleeve.Bunyi gersik windbreaker di belakangnya menandakan AO telah masuk ke biliknya.Minn mencapai tuala bersih yang berlipat lalu berpusing ke belakang.AO berdiri tegak di tepi tingkap.Kasutnya diletak di bawah tingkap.Minn menghela nafas berat.Lambat-lambat dia mengatur langkah. “You’re wet.”Ujarnya datar sambil menghulurkan tuala. AO merenung wajah “Could we talk?”Lembut dan perlahan suara AO.Lain nadanya dari off-handed mannernya yang selalu. “You nak apa?”Antara terkeluar dan tidak suara “You marahkan I?Sangat-sangat marahkan I?”Suara AO jelas di telinga “ AO diam.Dia menghela nafas berat. “Bagi I peluang untuk tebus kesalahan I?”Lembut dia meminta. “Berubah untuk you,menyintai you...” Minn terasa nadinya bagai disambar arus mendengar kata-kata yang tak tersangka itu.Darah terasa berderau ke muka.Automatik wajahnya dipalingkan ke arah AO.Lelaki itu merenungnya sejenak,kemudian pandangan mata itu dilemparkan ke luar tingkap seperti Minn tadi.Meski dalam suasana bilik yang agak kelam itu namun jelas pada pandangan Minn wajah lelaki itu merona kemerahan seperti dirinya.Minn cepat-cepat turut mengalih pandangannya ke luar. “Apa you merepek nie.” “I’m serious.”Memang nada itu serius. “I tak suka you,AO.”Antara terdengar dan tidak “Pandang I, Sinar mata bening AO menembusi cahaya kelam dalam bilik itu. “I tak memaksa.I cuma meminta.Peluang untuk I menyintai you dan dicintai you.I can feel it is the right decision.Permintaan I bukan untuk menyintai I yang sekarang,tapi I yang akan change for good,for you and for me.For us.Boleh you bagi I peluang tu?” Terdengar AO menarik nafas panjang bila melihat Dan entah kenapa,pipi _credits to HLOVATE_ Labels: Hlovate

♥ryu e'en♥ said on December 13, 2010 at 5:29 PM bapak rajin kaw tliz....tp btol laa...manx bez kan... :] Nilly said on December 13, 2010 at 11:41 PM kopi n pest je~~ ♥ryu e'en♥ said on December 13, 2010 at 5:29 PM bapak rajin kaw tliz....tp btol laa...manx bez kan... :] Nilly said on December 13, 2010 at 11:41 PM kopi n pest je~~ Fanfics Recommendations Zodiac - EXO Awkward-BaekYeol Anterograde Tomorrow - KaiSoo Revolution - HunHan 48 Hours - EXO Starlight Tears - WooHyun + OC Please Guide Me - MyungYeol The Bittersweet Deal - Kris, Zico & OC It's A Hip Hop World, Baby! - BIGBANG, ZICO & OC Mobster For Rent - DaraGon My Celebrity Roommate - DaraGon According To The Future, You're My Soulmate - Taemin, Kai, OC Into Your World - Baekhyun & OC Maid In Love - Kris & OC Arbitrage - KaiSoo Awkward - BaekYeol Will be updated from time to time |
Zico
|
P.O
|
GD&TOP
|
Daesung
|
Kai
|
Soo
|
Tablo
|
Yoon Shiyoon
|
Sunggyu
|
MyungYeol
|
Banghim
|
Hyunseung
|
U-Kwon
|
akmu
|
Kim Woobin
|
Lee Minki
|
Junhui
|
soonyoung
|
seunggwan
|
mingyu
|
Haters to the left. Stalkers? Feel free to stalk my boring lifeu. ANON who send hate msges, GET A LIFEU! Slow internet is my enemy coz I love multitasking a lot e.g: Tumblr, Twitter, FB, download albums etc
bapak rajin kaw tliz....tp btol laa...manx bez kan... :]
kopi n pest je~~
Post a Comment