so Baby Don't Go ♥
jamais vu
HOME ABOUT BIASES AFFILIATES DASHBOARD FOLLOW






About;
Seventeen invaded my world. HALP!

“There's an opposite to déjà vu. They call it jamais vu. It's when you meet the same people or visit places, again and again, but each time is the first. Everybody is always a stranger. Nothing is ever familiar.”
Because every step in life contains its own mystery. Pick one number. :3

Naege Malhaebwa;
na na na na BATMAN~

URL blog not email. Put ur link correctly
Exchange links open!!
I also do click ads back, if u click mine first


My VIPs;
awesome people


♥ Versus - HLOVATE ♥ III
Thursday, December 16, 2010 | 0 Comments
versus[PartII]~Episode1


                Hand luggage diheret dengan tangan kiri sementara bahu kanan menggalas beg laptop.Langkahnya diatur tenang menuju ke arah aerotrain.Dia berdiri sendirian sementara menunggu. Akhirnya...meninggalkan bumi Malaysia tercinta untuk mencari ilmu.AO leka melayan fikiran.Perasaan bercampur baur menjadi satu hingga dia sendiri tidak pasti dengan apa yang dirasainya kini.

                Aerotrain berhenti di hadapannya.Pintu terbuka.Dia melangkah masuk bersama penumpang-penumpang lain.Terbayang semula di fikirannya wajah ayah,ibu,Angah,Achik dan DikFarha yang menangis menghentak-hentak kaki melihatkan Alongnya melangkah pergi.Wajah-wajah clan Bronx turut melayari ingatannya. Macam mimpi nak meninggalkan semua nie.Mungkin boleh jadi beginning untuk sesuatu yang baru...

                Lamunannya tersentak apabila handset di dalam saku blazer berbunyi.Masih ada coverage.Nama pemanggil dilihatnya sekilas.

                “Assalamualaikum.”Perlahan AO memberi salam.Entah kenapa terasa sebak tiba-tiba.Pelik!Tadi nak salam ibu dengan ayah pun tak rasa macam nie.

                “Waalaikumsalam.”Minn merenung keluar tingkap bilik. “Dah check in?”

                “I dalam aerotrain.”

                Senyap.

                “I minta maaf tak hantar you.”Suara Minn antara terkeluar dan tidak.

                AO senyum tawar. “No hal.”

                “Jaga diri.”

                “Okay.”

                “Jangan drink.”

                “I won’t.”

                “Study hard.”

                “Right.”

                “Don’t cry.”Minn mengesat hujung mata yang terasa berair.

                “Don’t cry.”AO ketawa payah dengan sebak yang makin menebal.

                “Take care.”

                “You too.”

                “Jangan lupa solat.”

                “Pray for me.”Aerotrain semakin menghampiri destinasi.

                “I will.”

                Senyap.Air mata Minn semakin laju menuruni pipi tanpa mampu diseka lagi.Dia sendiri tidak tahu kenapa perlu air matanya mengalir waktu ini.

                Esakan kecil di hujung talian jelas di telinga AO. “Jangan sedih...”

                “Mana ada...I selesema.”

                Ketawa.Hambar. “I dah nak sampai.”

                Angguk. “All the best.”

                “Thanks.”AO menelan liur yang terasa berpasir. “Bye.Assalamualaikum.”Payah dia meluahkannya.

                Minn menggigit bibir. “Waalaikumsalam.”



                Talian dimatikan.Minn meletakkan handset di atas meja studi.Dia memeluk tubuh sambil menyandarkan bahu ke bingkai jendela bilik tidurnya.Air mata yang masih bersisa diseka dengan belakang tangan.

                “I minta maaf pasal malam tu.It must be upsetting.”Mata AO masih di dada jalan.Dia tenang mengawal stereng.

                Minn diam.Kalau boleh memang dia dah tak nak kenang semua tu.Kenapa tiba-tiba dibangkitkan hal nie?!

                “I harap...”AO terhenti.Payahnya nak meluahkan...

                Minn berpaling ke arah lelaki itu.

                “I harap you lupakan semua tu.Maybe I was too emotional.Out of control.”AO mengerling wajah Minn dengan hujung mata. “I tak nak you terasa bugged dengan kata-kata I tu.Maafkan I.”

                Minn tidak memberi reaksi.Dia sekadar memandang keluar tingkap.

                “Anggaplah macam semua tu tak pernah berlaku.”AO bersuara rendah.

                Angguk. “Anggaplah macam semua tu tak pernah berlaku.”Minn mengulang datar.

                “Tapi I harap kita kawan sampai bila-bila.”Pinta AO perlahan.

                Minn angguk lagi dengan pandangannya masih keluar. “Kita kawan.”

                Wira hitam itu diberhentikan di hadapan rumah Encik Musa.

                “Thanks for the outing.”Minn membuka seatbelt.

                AO diam.Dia menggendang stereng.

                “I tak dapat hantar you...nanti.”Minn bersuara rendah sambil membuka pintu. “Safe journey,by the way,insya Allah.”

                “Minn.”

                Gadis itu terhenti dari melangkahkan kaki kirinya keluar kereta.Dia berpaling ke arah AO..

                “I ada something untuk you.”AO mencapai suatu bungkusan pipih dari tepi pintu tempat pemandu.Dihulurkannya ke arah Minn.Wajah gadis itu dipandangnya. “As a token of gratitude,mentor.”Lelaki itu ketawa.Hambar.

                Minn senyum tawar. “Thanks.”

                ID bracelet bertarah itu bersinar dipanah cahaya lampu bilik.Minn melemparkan pandangan melihat senja yang kian berlabuh.Entah kenapa,dia rindu tiba-tiba.
Read more »

Labels:

0 comments | Leave a comment
♥ Versus - HLOVATE ♥ II
versus[PartI]~Episode10


              Seminggu telah berlalu,rutin masih seperti biasa.Dalam populasi pelajar yang beribu ini memang bukan suatu yang aneh jika tidak pernah terserempak meskipun sekolej.Minn menutup locker.Tak pernah lagi terserempak dengan AO lepas malam tu.

                Sebulan sudah melangkah pergi.Minn berjalan sendirian pulang dari kolej.Hingar di gelanggang bola keranjang di tengah park menarik perhatiannya.Sudah sebulan juga dia tak nampak langsung kelibat AO.Tapi apa yang didengarnya dari Jett secara tak langsung,kertas kerja AO sudah siap dihantar.Masalah-masalah kecil yang timbul di akhir proses semuanya dirujuk sendiri pada Mr.Fernandez.Minn mengeluh perlahan.Finals dah tak lama lagi...

                Finals menjelang,datang,dan pergi.Semester break juga berlalu dan pergi.Minn menyumbatkan earphone ke telinga kanan.Kemudian dia menekan butang play pada MP3.The Reason mengasak telinga.Entah kenapa,sepintas dia teringatkan AO.Dia melangkah mengikut arus pelajar yang bertali di koridor.

                Buk!

                “Uh..sorry,I tak sengaja.”

                Minn mengeluh perlahan. “It’s okay,happens all the time.”Ujarnya sambil tunduk memungut isi failnya yang berterabur.

                Pelajar perempuan yang melanggarnya tadi turut sama membantu memungut kertas-kertas Minn.Dengan senyum tanda meminta maaf dia kembali mengikut arus di koridor itu.Minn mengeluh perlahan.Seketika dia sekadar berdiri.Kemudian perlahan-lahan dia menapak semula.

                “Err..miss?Barang you jatuh.”

                Minn berpaling bila terdengar suara itu memanggilnya.AO....

                AO tegak berdiri di tengah orang yang berpusu-pusu bertali arus.Buat seketika mereka cuma berpandangan.Minn menggigit bibir bawah.AO tunduk seketika.Kemudian dia mengangkat muka merenung wajah Minn.Menarik senyum segaris.Dia menghulurkan tangan kanannya.Mata Minn merenung button-badge Maui yang tertulis LOYAL dalam bahasa Inggeris dan Cina di tapak tangan AO.Dia ingat.Button-badge itu dibelikan oleh AO semasa survey di Ampang Point.Tercabut dari beg sandangnya tadi barangkali.Perlahan AO menyusun langkah ke arah Minn.

                “Kita minum dulu?”


                 ***



                

ChilleT agak lengang.Suasana terasa agak asing.Masing-masing masih membisu.Hanya ketika Que mengambil order sahaja mereka bersuara.Minn serba tak kena.Macam mana boleh setuju nak pergi minum dengan mamat nie pun dia tak tau.Entah kenapa dia sendiri tak pasti.Haila...problem...problem...Get a grip!

                “So..”Serentak kedua-dunya membuka kata.

                Tanpa dipaksa ketawa meletus.

                “You nak tanya apa?”AO merenung Minn dengan tawa masih bersisa.

                “How’s the project?”

                AO jungkit bahu dengan muka riak. “Well...Flying colours.What can I say.”

                “Helleh...must be because I was the mentor.”Minn mencebik.Dalam hati dia sedikit bersyukur.Seolah malam hujan tu tak pernah berlaku langsung....

                “Ye la tu..nak credit jugak.”AO sengih mengusik. “I belanja la nie.”

                Minn sekadar tersenyum.Otaknya buntu.Tak tau nak cakap apa lagi.

                Minn...”Nada suara AO tiba-tiba berubah.Automatik Pandangan mata Minn menala ke wajahnya.

                AO menarik senyum. “Thanks,for everything.”

                Minn senyum selamba. “No hal.”

                “I nak pergi Australia end of the year.I dapat sambung kat sana.Sydney Uni.”

                Minn kehilangan suara dengan kata tiba-tiba itu.Terpempan. “Macam mana...End of year....Sydney...?”

                “Actually,I buat twinning kat sini.My results fulfilled the requirement.”Tenang AO menjelaskan. “That’s why I akan fly.”Lama matanya menyorot wajah Minn yang seolah masih tidak dapat menerima kata-katanya. “Tak happy untuk I?”

                Minn mengangguk macam robot.Matanya merenung kosong. “Happy tapi terkejut.Suprise overloaded.”

                AO ketawa kecil. “Tak sedih?”

                Dahi Minn sedikit berkerut. “Kenapa pulak?”

                “I pergi nie lama tau.Lagi 3 tahun baru balik.Silap-silap 4 tahun terus kalau dapat buat Master.”

                “Who are you to me lah.”Minn menggumam sendiri.Pandangannya menala luar dinding kaca melihat orang yang lalu lalang.

                AO senyum tawar.Matanya berlabuh di laman wajah Minn yang masih merenung keluar.

                “I minta maaf.”

                Minn mengalih pandangan ke wajah AO.Pandangan mata lelaki itu lembut.

                “Tak faham.”Minn kembali melarikan pandangannya pada dinding kaca.Tidak tahu kenapa tetapi tiba-tiba dadanya terasa sebak.

                AO turut sama merenung keluar.Dua bulan...yang menyeksakan!Baru kini dia tahu derita dalam diri Minn Edina.Baru kini dia memahami bagaimana rasanya meninggalkan sesuatu yang telah menjadi sebahagian hidup.Baru kini dia merasai sakit bila torn-out inside.

                Sepi mengisi ruang antara mereka.Namun masing-masing  merasai itulah yang terbaik untuk masa ini.
Read more »

Labels:

0 comments | Leave a comment
♥ Versus - HLOVATE ♥
Sunday, December 12, 2010 | 2 Comments
versus[PartI]~Episode1

             Di luar tingkap langit telah lama gelap.Awan yang mendung sejak senja tadi mula mencurahkan hujan.Minn Edina mengemaskan helaian-helaian paperwork yang baru diprint.Kepalanya ikut tergoyang-goyang menari dengan See You When You Get There.Rambutnya yang panjang separas bahu diikat ekor kuda terbuai-buai mengikut gerak kepalanya.Sekilas dia melihat jam di dinding biliknya. 11.45. Hmm...Awal lagi.
            Paperwork ‘U r Us’ yang baru dikemaskini itu diisi ke dalam fail.Dia melepas nafas lega.Akhirnya selesai jugak projek dasyat nie!Projek anti-keganasan dan anti-perang yang dianjurkan oleh kolejnya baru sahaja selesai minggu lalu.Diklasifikasikan sebagai salah satu projek mega untuk tahun itu.Tugasnya sebagai setiausaha projek memang membuatkan dia tidak menang tangan.Tapi nanti siapa yang dapat nama?!Pengarah projek jugak!Minn Edina menggeleng kepala sendiri.
            Dia bangun dari meja study lalu melangkah ke katil.Handset di tepi bantal dicapainya.Jemarinya pantas menekan keypad menghantar SMS.Selesai menghantar pesanan itu dia melontar tubuhnya ke katil.Pandangannya di lempar ke keliling biliknya.Headphone yang disangkut di leher ditarik turun lalu diletakkan di atas night-table.MP3 yang disangkut ke leher turut dimatikan dan diletak di tepi headphone.Poster-poster gergasi Shohoku dari Slam Dunk,Jordan,Kevin Garnett dan Kobe Bryant menyapa pandangannya.Dinding bertentangan dengan pembaringannya pula bertampal aksi Tony Hawk,Mike McGill,Jerry Hsu dan Jamie Thomas.
            Handsetnya tiba-tiba melagukan Carmen.Dicapainya lambat-lambat sebelum menekan butang menerima panggilan.
            “Assalamualaikum.”                                                                                                                                          
            “Minn!”Suara lelaki itu berbunga ceria. “Finished?”
            “Kalau takat nak tanya tu je,baik kau message je.Jimat sikit.”Ujar Minn datar.
            Ketawa. “Marah I call you?”
            Minn merengus perlahan. “Dah la tu.Aku nak knock-off dah nie.Aku penat la.” Dia memejam mata. “Kau mana tau.Yang kau tau kerja siap je.”
            “You marah ye,Minn?”
            “Dah la tu Jay.Esok aku pass-up paperwork tu.Pandai-pandai la kau nak present kat Mr.Fernando.”Terus dia mematikan talian.

                     ***

      Yaya mengimbangkan tray di tangan sambil berjalan ke arah Minn yang dah duduk mengunyah fries.A’ai pula leka memerhati budak-budak yang melepak di depan cafe itu.
            “Dah jumpa Jay,Minn?”Tanya Yaya.
            Minn tak menjawab.Sekadar mengangguk. “Dah tak lalu dah rasanya dah involve dengan projek lagi.” She Hates Me mengasak telinga kanannya.
            Yaya dan A’ai serentak ketawa.
            “Kau kan favourite Mr.Fernando kalau kolej nak buat apa-apa.”A’ai sengih mengusik. “Cuma nasib malang je kau kena kerja dengan Jay untuk ‘U r Us’.”
            “Tapi Jay pulak yang macam dapat loteri.”Tambah Yaya sambil ketawa.
            Minn menjulingkan matanya. Tiba-tiba dahinya berkerut. “Aiseh....”Ujarnya perlahan.
            Yaya dan A’ai sama-sama berpaling ke belakang mengikut arah pandangan Minn.Johan Kamaruzzaman  melangkah gagah ke arah mereka dengan senyum tujuh juta megawattnya.
            Minn dah menjulingkan mata.
            “Hi,girls.”
            “Hi,Jay.”Hanya Yaya dan A’ai yang menjawab.Minn sekadar senyum terpaksa.
            Jay berpaling ke arah Minn. “I’ve got a message from Mr.Fernando.He wants to see you whenever you’re free.”
            Dahi Minn berkerut. “Apahal?”
            Jay jungkit bahu.
            Minn bangun.Dia merenung Yaya dan A’ai. “I’m off.”
            Jay cuba menyaingi Minn sambil dia melangkah keluar cafe. “Minn,you free tak?Petang nie?”
            “Nope!”Tanpa perasaan dia membalas.Langkahnya dipecut terus dengan gear 5.Meninggalkan terus lelaki itu di belakang.

            “Morning Mr.Fernando.”Ucap Minn  sebaik sahaja memasuki bilik penyelaras kerja sosial itu.
            Mr.Fernando bangun dari kerusinya sambil tersenyum. “Ah,Edina.Please,be seated.”Jemputnya  sambil duduk kembali. “I hope I’m not causing any inconvenience taking your time like this?”
            Minn sengih. “No sir.”Dia merenung wajah lelaki Serani separuh abad itu. “Anything wrong with U r Us,sir?”Tanyanya sedikit bimbang.
            “No no.”Mr Fernando menggawangkan tangannya. “It was a blast.Even the principal was really pleased.You guys are really great.”Dia merenung Minn penuh makna dengan senyum ikhlas terukir di bibir. “You are really great.”
            Minn senyum senang. “Ala...sir nie...You’re the greatest la.”
            “Okay,back to business.I need you to do me a favour.”
            Minn mengangkat kening sebelah.Matanya bertanya.
            “You kenal Mohd. Ashraff Omar?”
            Dahi Minn berkerut.Siapa pulak tu?Aku nie dah la bermasalah nak kenal orang.Dah la kat kolej nie orang beribu.Ish.. “Course?”
            “Business admin jugak.My student”
            Minn masih blur. “What do I have to do with him?”
            Mr.Fernando menarik fail yang terletak di depannya. “Could you be his mentor cum partner,for a mini-project?Just to do the planning and the tedious paperwork.”
            “Haa?”Minn sedikt ternganga. “Meaning,sir?”
            “This guy’s social work service hours are not up to the notch .He need all the help that he can get.I would trust no one but you.”Mr.Fernando merenung Minn,mengharap. “Edina,you boleh tolong I,kan?Also tolong dia at the same time.”
            Minn termenung seketika. “Sir,I tak kenal dia la.”Dia merenung wajah Mr.Fernando.
            Mr.Fernando senyum. “We’ll fix that.Tomorrow 12.45?”

            Tambah lagi satu bala!Hari sudah lewat petang.Hampir pukul 5.30.Pandangannya dibuang jauh ke hadapan.Riuh rendah suara dari park di sebelah laluannya tak menarik perhatian.Points of Authority yang berdentum dari headphone yang tersangkut di leher itu juga seolah tak masuk ke telinga.Langkahnya terus juga diatur walaupun fikirannya berpusing tanpa arah.Nasib baik satu projek gila punya besar dah lepas!Hatinya menggumam sendiri.At least dah habis seksa dengan Jay!
            BUK!
            Di hadapan matanya terasa macam nampak bintang.Dipejam celik matanya beberapa kali.Tangan kirinya meraba kepala yang terasa sengal.Minn menala pandangan pada bola basketball yang tergolek di kakinya!Terdengar suara sumbang yang ketawa dan derap sneakers yang berlari ke arahnya.
            “Err...you okay?”
            Minn tak menjawab.Kepalanya masih terasa bengap.Dia tunduk mengambil bola Spalding itu dengan sebelah tangan.
            “You okay tak?”Suara itu concern berbunga cuak.
            Minn mengangkat muka merenung lelaki yang berdiri di hadapannya itu. “Okay.”Toneless.Dia menghulur bola.
            “Uh..Sorry.Tak sengaja.”
            Minn geleng.”Happens all the time.”Dia mengalih pandang pada court basketball di tepi park itu.Kesemua player di tengah court mengangkat tangan ke arahnya.Apologizing gesture.Minn turut mengangkat sebelah tangan sebelum berlalu meneruskan perjalanan pulangnya.Kepala sebelah kirinya kini berdenyut sakit.Haila...Lagi satu bala...
Read more »

Labels:

2 comments | Leave a comment