About;
Seventeen invaded my world. HALP!
Because every step in life contains its own mystery. Pick one number. :3
ϟ iyagi
Facebook much!!??? erk!!
Late is better than NEVER.
10 tips menghadapi result PMR
♥ Versus - HLOVATE ♥
Koizora : Sky Of Love ♥
UKKM , done!!
아이유 - Rain Drop
Simon D broke my heart . T^T
Chingu-ya~♥♥
Quotes .
ϟ talk3, talk to me now Credit;
Makes my blog beautiful, this is! © 2013 - Skins by Mayra and helped by Yasmin. Cute icon from Pixel and other from wana. Fully edited by Kwon Nilly Others: ▲▲▲ ▲ Naege Malhaebwa;
na na na na BATMAN~ URL blog not email. Put ur link correctly Exchange links open!! I also do click ads back, if u click mine first My VIPs;
awesome people
|
♥ Versus - HLOVATE ♥ II Thursday, December 16, 2010 | 0 Comments versus[PartI]~Episode10 Seminggu telah berlalu,rutin masih seperti biasa.Dalam populasi pelajar yang beribu ini memang bukan suatu yang aneh jika tidak pernah terserempak meskipun sekolej.Minn menutup locker.Tak pernah lagi terserempak dengan AO lepas malam tu. Sebulan sudah melangkah pergi.Minn berjalan sendirian pulang dari kolej.Hingar di gelanggang bola keranjang di tengah park menarik perhatiannya.Sudah sebulan juga dia tak nampak langsung kelibat AO.Tapi apa yang didengarnya dari Jett secara tak langsung,kertas kerja AO sudah siap dihantar.Masalah-masalah kecil yang timbul di akhir proses semuanya dirujuk sendiri pada Mr.Fernandez.Minn mengeluh perlahan.Finals dah tak lama lagi... Finals menjelang,datang,dan pergi.Semester break juga berlalu dan pergi.Minn menyumbatkan earphone ke telinga kanan.Kemudian dia menekan butang play pada MP3.The Reason mengasak telinga.Entah kenapa,sepintas dia teringatkan AO.Dia melangkah mengikut arus pelajar yang bertali di koridor. Buk! “Uh..sorry,I tak sengaja.” Pelajar perempuan yang melanggarnya tadi turut sama membantu memungut kertas-kertas Minn.Dengan senyum tanda meminta maaf dia kembali mengikut arus di koridor itu.Minn mengeluh perlahan.Seketika dia sekadar berdiri.Kemudian perlahan-lahan dia menapak semula. “Err..miss?Barang you jatuh.” AO tegak berdiri di tengah orang yang berpusu-pusu bertali arus.Buat seketika mereka cuma berpandangan.Minn menggigit bibir bawah.AO tunduk seketika.Kemudian dia mengangkat muka merenung wajah Minn.Menarik senyum segaris.Dia menghulurkan tangan kanannya.Mata Minn merenung button-badge Maui yang tertulis LOYAL dalam bahasa Inggeris dan Cina di tapak tangan AO.Dia ingat.Button-badge itu dibelikan oleh AO semasa survey di Ampang Point.Tercabut dari beg sandangnya tadi barangkali.Perlahan AO menyusun langkah ke arah Minn. “Kita minum dulu?” *** ChilleT agak lengang.Suasana terasa agak asing.Masing-masing masih membisu.Hanya ketika Que mengambil order sahaja mereka bersuara.Minn serba tak kena.Macam mana boleh setuju nak pergi minum dengan mamat nie pun dia tak tau.Entah kenapa dia sendiri tak pasti.Haila...problem...problem...Get a grip! “So..”Serentak kedua-dunya membuka kata. Tanpa dipaksa ketawa meletus. “You nak tanya apa?”AO merenung “How’s the project?” AO jungkit bahu dengan muka riak. “Well...Flying colours.What can I say.” “Helleh...must be because I was the mentor.” “Ye la tu..nak credit jugak.”AO sengih mengusik. “I belanja la nie.” “ AO menarik senyum. “Thanks,for everything.” “I nak pergi “Actually,I buat twinning kat sini.My results fulfilled the requirement.”Tenang AO menjelaskan. “That’s why I akan fly.”Lama matanya menyorot wajah AO ketawa kecil. “Tak sedih?” “I pergi nie lama tau.Lagi 3 tahun baru balik.Silap-silap 4 tahun terus kalau dapat buat Master.” “Who are you to me lah.” AO senyum tawar.Matanya berlabuh di laman wajah “I minta maaf.” “Tak faham.” AO turut sama merenung keluar.Dua bulan...yang menyeksakan!Baru kini dia tahu derita dalam diri Minn Edina.Baru kini dia memahami bagaimana rasanya meninggalkan sesuatu yang telah menjadi sebahagian hidup.Baru kini dia merasai sakit bila torn-out inside. Sepi mengisi ruang antara mereka.Namun masing-masing merasai itulah yang terbaik untuk masa ini. versus[PartI]~Episode11 Deck diriba sambil matanya leka memerhati skaters lain beraksi.100 Plus diteguk perlahan.Allah...AO menggeleng perlahan.Lupa lagi!Bibirnya bergerak perlahan.Kemudian tanpa sedar dia tersenyum sendiri. “Jauh menung?”Serentak dengan itu bahu AO ditolak mesra dari belakang. AO berpaling.Fudge of Wrath....Fudge sengih.Di belakangnya Jett sedang mengelap peluh di dahi dengan kee. “Mana pulak aku menung.”AO menutup botol air di tangan. Fudge dan Jett sama-sama menghempaskan tubuh di kiri kanan AO.Fudge meletak deck di sebelah.Air mineral di tangan diteguknya sambil mata menala ke arah rail.Miju sedang beraksi. “Panas gila hari nie.”Jett bersuara sendiri. AO dan Fudge serentak mengangguk. “Panas sangat ke yang sampai kepala kau pun tak betul lepak kat sini nie?”AO mengerling Fudge dengan ekor mata.Kemudian matanya menala ke balik Fudge ketawa. “Lebih kurang la.”Air di tangan diteguknya lagi. “Tapi tak la panas sampai tak betul kepala macam kau.”Ekor mata Fudge menjeling AO. “Buat trick macam sial,siot.”Dia menggeleng. “Aku nak berguru nie.Tongkat Ali cap apa yang kau makan sampai jadik raksasa nie?” AO tidak segera menjawab.Dia sekadar senyum nipis sambil menggeleng. “Sejak zaman bila pulak la aku makan Tongkat Ali.”Matanya masih pada Miju. “Kalau kau nak kata aku raksasa...Korang punya Miju tu lagi la raja segala raksasa.” Fudge sengih. “Tapi semenjak dua menjak nie kau yang dah berevolusi jadi raja segala Godzilla.Dah tak macam orang je kau nie.” AO memutar wheel.Senyumannya masih belum cair. “Kalau patut nak beguru,patut aku yang cari kau la Fudge.” Fudge tidak menjawab.Sekadar ketawa kecil. “Sekarang nie aku jarang nampak kau kalau ada apaper.Tapi sekali-sekala keluar,jatuh rahang aku dibuatnya.Kau bertapa ke apa?” Jett yang dari tadi diam pecah ketawa. “Jargon kau memang gila la Fudge.Tongkat Ali...bertapa...Memang Melayu tradisional betul la.” AO ketawa kecil.Jam di tangan dipandang sekilas.Dahinya berkerut. “Dah lewat nie.Aku blah dulu la.”Dia bangun. “ Fudge terpinga-pinga. “Hey,mate.Kalau kau tak suka aku lepak sini,aku blah.”Serius dan ikhlas. AO menggeleng. “Tak.Aku memang ada hal nak settle kat rumah.”Pandangannya dialih pula pada Jett. “Bagi tau Jade and the rest.Lagipun event aku dah habis.” Jett sekadar mengangguk.Riak wajahnya tidak berubah dari tadi. “Malam nie?” “Aku...”AO merenung sejenak seolah memikir. “Tak.”Dia memberi kata putus. “Aku pergi dulu.”Ujarnya sebelum melangkah. “Jangan ambil hati.Sekarang dia memang macam tu.”Jett menghela nafas panjang.Matanya masih mengekori langkah AO. Fudge mengangkat kening sebelah. Jett sengih tawar. “He blasts his tricks,he blasts his life.” Huh?!Fudge makin pening. Jett menggeleng perlahan.Dia bangun sambil mencapai deck. “Kau nak nganga ayan sampai bile.Turn kau “Ek?Sorang je?Mana Jett?” A’ai duduk di kerusi di hadapan “....serabut.Lagi pun dia tengah susah hati....” Buah butir percakapan antara A’ai dan Yaya bagai angin lalu.Minn merenung jauh.Along...Wrath...Deck...Rail... “....tak tau kenapa...AO...” A’ia mengangkat bahu. “Aku pun tak faham.Tapi Jett upset la sebab AO dah lain semacam je.” Yaya dan AO separuh berlari mendaki tangga.Decknya dibimbit dengan tangan kanan.Sebaik sahaja pintu biliknya dibuka,cap di kepala dicabut dan dicampak ke atas katil.Deck diletak di belakang pintu.Jam di dinding dijeling.Lewat dah nie.Dah dekat 5.30.Sambil melangkah ke bilik air tee shirt yang dipakai sejak pukul 2 petang tadi ditarik melepasi kepala.Seketika kemudian kedengaran bunyi percikan shower. Tubuhnya kini bersarung cotton clack putih dan tee bersih.Wajahnya diraup sejenak.Sejadah dihampar di sudut bilik.Cahaya dari sang matahari yang condong di barat menyimbah ke wajah.Allahuakbar... versus[PartI]~Episode12 “ Pandangan diangkat dari muka Angguk.Jett duduk di hadapannya. “Lecture dia tak habis lagi.” Penutup tin Coke ditarik. “Alone?” “Yep.Yaya ada consultation.” Diam.Minn kembali merenung patah-patah kata di hadapannya.Sesekali telunjuk dan ibu jarinya mengurut pangkal hidung.Jett melamun merenung jauh.Sesekali Coke di hadapannya diteguk. “ Jett senyum tawar. “Mana la tau.”Terdengar dia mengeluh perlahan. Wajah Jett direnungnya. “Kenapa dengan dia?” Jett merenung jauh. “Aku pun tak tau la nak kata macam mana.”Tanpa sedar dia menekan pelipis kanannya. “Dah lain.” Jett merenung wajah gadis di hadapannya. “Dia dah tak macam dulu.If I dunno better,I mighta think that he wanna quit Huh?!Riak wajah “Now he only comes around about after 5.Let it be for basket or skate.”Mata Jett masih belum melepaskan wajah “Fudge?”Yang tricks dah sampai tahap dewa? “Fudge.” Jett masih merenung wajah “Aku tak tau apa-apa.”Riak terkejut di wajahnya masih belum hilang. “Kenapa dengan dia tu?” Jett geleng. “Since almost 2 months back.” ...I yang akan change for good... “Maybe sebab dia depressed nanti akan tinggal korang bila pergi OZ nanti.”Tanpa berfikir panjang itu yang diluahkannya.Namun jauh di sudut hatinya Kening lelaki di hadapannya terangkat. “Mana tau AO nak pergi OZ?” Alamak! “ “AO best friend aku.He thinks for himself.Bila dia rasa something baik untuk dia,dia akan buat.” *** Luggage 35” ditutup dan dizip.Checklist di tangan kanannya direnung.Done!AO bangun dari duduknya di lantai.Berdetap pinggang dan sendi bahu bila tangannya diregangkan.Dia melangkah ke arah katil sambil sebelah tangan mengurut leher yang terasa sengal.Penat! Quick Grasp of Faith di atas night table dicapai.Tubuhnya disandar ke kepala katil dengan bantal di belakang.Buku yang sudah separuh terbaca itu dibukanya. QUESTION 62 After I start living Islam, will I be responsible before Allah for the sins I have committed in my past life? Sepintas wajah Syah menerjah kotak fikirannya. “Kau nie….” AO merenung wajah sepupunya. “Aku serius nie,Syah.” Lelaki itu menggosok dahi seketika. “Kau nak buat minor dalam Pengajian Islam pulak ke nie?” “Syah...”AO merenung mata graduan MMU itu. “You know me.You now what I’ve been.Now and then.”Pancaran mata AO benar-benar berharap untuk sepupunya itu memahami. Syah merenung jauh.Apa yang dia tak tahu?Sememangnya dia dan AO rapat sejak kecil.Hatta masa cuti sekolah waktu family Pak Ngahnya masih tinggal di Ipoh pun dia rajin berkunjung ke sana.The same case with Ashraff;AO.Bila dah pindah ke sini pun,rumah pun tak la jauh mana.Still lagi daerah KL.Life Ashraff,dia boleh recite satu-satu macam baca doa qunut.Sejarah skate,basket,dan streetlife sepupunya;kalau nak trace balik...since forever.Engrossed sangat dengan life yang satu sampai dah rasa itulah hidup matinya.Tournament dan showdown kadang-kadang dari pagi sampai ke malam.Sembahyang memang dah kira burn.Malam pulak dah dengan pool,kadang-kadang ada b-dance clash antara clan,kadang-kadang just hang around dengan clan di mana-mana club atau pub.Namun setahunya Ashraff tak pernah lagi tonggang atau angkut perempuan atau kejar nyamuk dengan asap shisha atau rokok.Sekurang-kurangnya yang tu masih terjaga. “Aku bukan pernah tonggang liquor pun.Ingat aku dah tak ingat Tuhan ke?” “Kalau kau ingat Tuhan kau takkan tinggal sembahyang sekurangya.” Dan itu bukanlah suatu argument yang pelik antara mereka.Namun Ashraff still jugak buat solat tu macam angin lalu. “Syah.” Padangannya ditala semula ke wajah AO. “Aku tolong mana yang aku mampu.I can recommend some books that might help.Tapi nak belajar bab agama nie kena berguru,Ashraff.Tak boleh solely on books je.” “Aku tau...Kau pun kena la tolong aku.”Perlahan AO bersuara.Pandangannya dilempar jauh. “Hope it ain’t that late.” “Nothing’s late sebelum mati,bro.”Syah memutar straw di tangan. “By the way,boleh aku tanya kenapa out of the blue kau tiba-tiba jadi macam nie?” AO melepas nafas panjang.Pertanyaan Syah dibiar berlalu. “Ashraff,we’ve known each other since forever.Aku tau kau mesti ada reason yang baik behind all these.Dan aku bersyukur sangat-sangat.”Syah berhenti menarik nafas. “Tapi aku jugak sangat-sangat berharap kau berubah bukan solely atas reason seorang perempuan.Sebab kalau dengan reason tu,aku takut kau akan hanyut balik.Let it be because of Him.” Kata-kata Syah menyentak fikirannya.AO mengalih pandangan ke wajah di hadapannya. “Initially,yes.Kerana seorang perempuan.” “It will cost you hell to change,as a manner of speaking.” “I know.” Handset yang melagukan Welcome to My Life menyentak lamunannya.AO mencapai telefon itu dari night-table.Nama pemanggil yang tertera pada skrin membuatkan hatinya bercelaru tiba-tiba. “Hello.” “Hello.Assalamualaikum.”Perlahan suara itu mencecah gegendang telinganya. “Waalaikumsalam.”Buku karya Harun Yahya di tangan diletak tepi. “AO?”Teragak-agak suara itu bertanya. “Saya.”AO membetulkan sandarnya ke katil. “ “ “Fine”Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum nipis. “Out of the blue,you don’t call me just to ask how am I doing,do you?” Darah terasa menyerbu ke muka dengan usikan itu.Minn mengadah siling bilik.Macam mana la aku boleh terbuat kerja gila call mamat nie?! “Kenapa nie?” Wahai Ashraff Omar,boleh tak tune sikit tone suara tu jadi macam biasa aje...Tak payah cakap macam casanova kelas satu yang nak cairkan hati perempuan kabaret! “ “Hmm.” “Am I missing something?”Tone suara AO masih belum berubah. “What happened?”AO mengulang. “What happened to you?All of sudden....out of nowhere..Kenapa tiba-tiba.....” AO mngusap wajah.Pandangannya ditala ke siling. “You’ve been to talking to Jett I resume.” “Couple of days back.” AO menghela nafas panjang. “This Saturday,free?” Huh?! “I’ll pick you up at you house.Around 10.” “But...” “You need rest.Now put everything aside,and have a good sleep,okay?”AO mengerling jam di dinding.Hampir 2 pagi. “I’m sorry that you’ve been kept awake up to this hour because of me.” “It is not because of you.” Bibir AO mengukir senyum. “I know.It’s not because of me.” versus[PartI]~end KLCC sesak.Seperti biasa.Another usual weekend.Cuma mungkin boleh dikatakan unusual kerana dapat parking dengan mudah. “Kita nak pergi mana nie?” “Jalan.” Dan memang betul.Jalan.Dari satu level ke satu level mereka tawaf.Tanpa bicara sejak dari dalam kereta tadi lagi. Sekadar berjalan mengikut rentak kaki,dan mata melihat warga KL yang mecari ruang untuk hujung minggu. “Kita pergi Kinokuniya.”AO tiba-tiba memberhentikan langkah.Pandangannya ditala ke wajah Langkah AO berhenti di hadapan aisle travel.Tangannya menarik Insight Compact Guide to Australia.Sambil tangannya membuka helaian buku itu hujung matanya mengerling wajah Minn.Nyata gadis itu nampak hilang dalam dunianya. “Tak nak cari your kinda book?” “Huh?” “That Dr.Scarpetta-Patricia-who.” Geleng. AO menarik senyum segaris. “You tunggu I kat luar.I bayar nie kejap,okay.” Angguk.Minn menapak keluar.Sungguh!Sekarang dia mula menimbang tindakannya kembali buat entah kali ke berapa.Apa yang aku dah buat nie?!First,aku call dia.Now,aku keluar dengan dia pulak.Reason?Sebab dia punya evolution.Who is he to me?Nak kata clan..Sah bukan.Ini bukan macam kes keluar weekend dengan any of the Wrath dulu.Nak kata kawan...Ain’t that close.Aku pulak yang dah berevolusi ke? “Melamun.”Teguran itu menariknya kembali ke alam nyata. Mereka kembali beriringan berjalan.Sesekali terpaksa mencelah di antara manusia yang bersesak. Pandangan AO jatuh pada Minn di sebelahnya.Dari selendang kelabu-biru kepada tee-shirt Old Navy XXL kepada jeans straight cut yang mungkin dikira oversize di kalangan remaja perempuan kini,hingga kepada Converse sneakers hitam di kaki.Semuanya membuatkan dia tersenyum.Minn Edina...Ed’Sassin.Antara langit ketujuh dengan kerak bumi.Gadis itu masih belum bersuara sejak tadi.Nampak keliru. “Kenapa diam?”Tiba-tiba AO bertanya. “Senyap je dari tadi.” “Look who’s talking.” AO ketawa.Dia mengerling jam di tangan. “Jom lunch.You nak makan apa?” Nasi goreng Thai dikuis dengan hujung garpu.Sup disudu ke atas nasi.AO mengacau jus tembikai dengan straw. “Senyap je dari tadi,kenapa?” Huh?! “Takut apa?”Riak wajah AO berubah. You...Kau...Dirimu...Enta...Nie...Tum...Wajah AO kembali direnungnya. “Takut dengan...”Kedua belah tangan AO ketawa.Dia menggeleng.Lawak pulak aku tengok AO sekadar ketawa. “ AO jungkit bahu lagi. “Nowhere.”Relax dan lepak. “Just curious.”Nasi goreng disuap ke mulut. “Hmm..” AO angguk. “Sebab I?Sebab it is me?” “Tapi dulu dengan Wrath you keluar dengan diorang.You pernah date dengan Sun, “Sebab?”AO pantas memotong. Sudu dan garpunya tersadai di pinggan.Kata-kata “I dah faham apa yang you rasa selama nie.”.Tiba-tiba AO bersuara lembut.Anak mata AO mengukir senyum.Namun matanya masih belum melepaskan mata Terasa darahnya berderau direnung begitu.Minn menundukkan pandangannya kembali ke pinggan. “Apa you cakap nie...”Bibirnya menggumam. “Mungkin boleh cakap dah tiba masa I change for good.Even kinda a bit too late.” Tapi kenapa...Apa sebab di sebaliknya..Pancaran mata “You tak happy untuk I?”Jus di hadapannya dikacau lagi.AO mengalih pandangannya dari mata gadis itu kepada gelasnya. “I sedang “You nak cari jalan balik....” Pandangan AO beralih semula ke wajah Minn.Buat beberapa ketika wajah gadis itu sekadar ditatapnya. “Him.”Jam di tangan direnung sekilas. “Makan la.Nanti kita turun bawah.” “Turun bawah...” “Zuhur dah nak masuk.” Labels: Hlovate
|
♥ Versus - HLOVATE ♥ II Thursday, December 16, 2010 | 0 Comments versus[PartI]~Episode10 Seminggu telah berlalu,rutin masih seperti biasa.Dalam populasi pelajar yang beribu ini memang bukan suatu yang aneh jika tidak pernah terserempak meskipun sekolej.Minn menutup locker.Tak pernah lagi terserempak dengan AO lepas malam tu. Sebulan sudah melangkah pergi.Minn berjalan sendirian pulang dari kolej.Hingar di gelanggang bola keranjang di tengah park menarik perhatiannya.Sudah sebulan juga dia tak nampak langsung kelibat AO.Tapi apa yang didengarnya dari Jett secara tak langsung,kertas kerja AO sudah siap dihantar.Masalah-masalah kecil yang timbul di akhir proses semuanya dirujuk sendiri pada Mr.Fernandez.Minn mengeluh perlahan.Finals dah tak lama lagi... Finals menjelang,datang,dan pergi.Semester break juga berlalu dan pergi.Minn menyumbatkan earphone ke telinga kanan.Kemudian dia menekan butang play pada MP3.The Reason mengasak telinga.Entah kenapa,sepintas dia teringatkan AO.Dia melangkah mengikut arus pelajar yang bertali di koridor. Buk! “Uh..sorry,I tak sengaja.” Pelajar perempuan yang melanggarnya tadi turut sama membantu memungut kertas-kertas Minn.Dengan senyum tanda meminta maaf dia kembali mengikut arus di koridor itu.Minn mengeluh perlahan.Seketika dia sekadar berdiri.Kemudian perlahan-lahan dia menapak semula. “Err..miss?Barang you jatuh.” AO tegak berdiri di tengah orang yang berpusu-pusu bertali arus.Buat seketika mereka cuma berpandangan.Minn menggigit bibir bawah.AO tunduk seketika.Kemudian dia mengangkat muka merenung wajah Minn.Menarik senyum segaris.Dia menghulurkan tangan kanannya.Mata Minn merenung button-badge Maui yang tertulis LOYAL dalam bahasa Inggeris dan Cina di tapak tangan AO.Dia ingat.Button-badge itu dibelikan oleh AO semasa survey di Ampang Point.Tercabut dari beg sandangnya tadi barangkali.Perlahan AO menyusun langkah ke arah Minn. “Kita minum dulu?” *** ChilleT agak lengang.Suasana terasa agak asing.Masing-masing masih membisu.Hanya ketika Que mengambil order sahaja mereka bersuara.Minn serba tak kena.Macam mana boleh setuju nak pergi minum dengan mamat nie pun dia tak tau.Entah kenapa dia sendiri tak pasti.Haila...problem...problem...Get a grip! “So..”Serentak kedua-dunya membuka kata. Tanpa dipaksa ketawa meletus. “You nak tanya apa?”AO merenung “How’s the project?” AO jungkit bahu dengan muka riak. “Well...Flying colours.What can I say.” “Helleh...must be because I was the mentor.” “Ye la tu..nak credit jugak.”AO sengih mengusik. “I belanja la nie.” “ AO menarik senyum. “Thanks,for everything.” “I nak pergi “Actually,I buat twinning kat sini.My results fulfilled the requirement.”Tenang AO menjelaskan. “That’s why I akan fly.”Lama matanya menyorot wajah AO ketawa kecil. “Tak sedih?” “I pergi nie lama tau.Lagi 3 tahun baru balik.Silap-silap 4 tahun terus kalau dapat buat Master.” “Who are you to me lah.” AO senyum tawar.Matanya berlabuh di laman wajah “I minta maaf.” “Tak faham.” AO turut sama merenung keluar.Dua bulan...yang menyeksakan!Baru kini dia tahu derita dalam diri Minn Edina.Baru kini dia memahami bagaimana rasanya meninggalkan sesuatu yang telah menjadi sebahagian hidup.Baru kini dia merasai sakit bila torn-out inside. Sepi mengisi ruang antara mereka.Namun masing-masing merasai itulah yang terbaik untuk masa ini. versus[PartI]~Episode11 Deck diriba sambil matanya leka memerhati skaters lain beraksi.100 Plus diteguk perlahan.Allah...AO menggeleng perlahan.Lupa lagi!Bibirnya bergerak perlahan.Kemudian tanpa sedar dia tersenyum sendiri. “Jauh menung?”Serentak dengan itu bahu AO ditolak mesra dari belakang. AO berpaling.Fudge of Wrath....Fudge sengih.Di belakangnya Jett sedang mengelap peluh di dahi dengan kee. “Mana pulak aku menung.”AO menutup botol air di tangan. Fudge dan Jett sama-sama menghempaskan tubuh di kiri kanan AO.Fudge meletak deck di sebelah.Air mineral di tangan diteguknya sambil mata menala ke arah rail.Miju sedang beraksi. “Panas gila hari nie.”Jett bersuara sendiri. AO dan Fudge serentak mengangguk. “Panas sangat ke yang sampai kepala kau pun tak betul lepak kat sini nie?”AO mengerling Fudge dengan ekor mata.Kemudian matanya menala ke balik Fudge ketawa. “Lebih kurang la.”Air di tangan diteguknya lagi. “Tapi tak la panas sampai tak betul kepala macam kau.”Ekor mata Fudge menjeling AO. “Buat trick macam sial,siot.”Dia menggeleng. “Aku nak berguru nie.Tongkat Ali cap apa yang kau makan sampai jadik raksasa nie?” AO tidak segera menjawab.Dia sekadar senyum nipis sambil menggeleng. “Sejak zaman bila pulak la aku makan Tongkat Ali.”Matanya masih pada Miju. “Kalau kau nak kata aku raksasa...Korang punya Miju tu lagi la raja segala raksasa.” Fudge sengih. “Tapi semenjak dua menjak nie kau yang dah berevolusi jadi raja segala Godzilla.Dah tak macam orang je kau nie.” AO memutar wheel.Senyumannya masih belum cair. “Kalau patut nak beguru,patut aku yang cari kau la Fudge.” Fudge tidak menjawab.Sekadar ketawa kecil. “Sekarang nie aku jarang nampak kau kalau ada apaper.Tapi sekali-sekala keluar,jatuh rahang aku dibuatnya.Kau bertapa ke apa?” Jett yang dari tadi diam pecah ketawa. “Jargon kau memang gila la Fudge.Tongkat Ali...bertapa...Memang Melayu tradisional betul la.” AO ketawa kecil.Jam di tangan dipandang sekilas.Dahinya berkerut. “Dah lewat nie.Aku blah dulu la.”Dia bangun. “ Fudge terpinga-pinga. “Hey,mate.Kalau kau tak suka aku lepak sini,aku blah.”Serius dan ikhlas. AO menggeleng. “Tak.Aku memang ada hal nak settle kat rumah.”Pandangannya dialih pula pada Jett. “Bagi tau Jade and the rest.Lagipun event aku dah habis.” Jett sekadar mengangguk.Riak wajahnya tidak berubah dari tadi. “Malam nie?” “Aku...”AO merenung sejenak seolah memikir. “Tak.”Dia memberi kata putus. “Aku pergi dulu.”Ujarnya sebelum melangkah. “Jangan ambil hati.Sekarang dia memang macam tu.”Jett menghela nafas panjang.Matanya masih mengekori langkah AO. Fudge mengangkat kening sebelah. Jett sengih tawar. “He blasts his tricks,he blasts his life.” Huh?!Fudge makin pening. Jett menggeleng perlahan.Dia bangun sambil mencapai deck. “Kau nak nganga ayan sampai bile.Turn kau “Ek?Sorang je?Mana Jett?” A’ai duduk di kerusi di hadapan “....serabut.Lagi pun dia tengah susah hati....” Buah butir percakapan antara A’ai dan Yaya bagai angin lalu.Minn merenung jauh.Along...Wrath...Deck...Rail... “....tak tau kenapa...AO...” A’ia mengangkat bahu. “Aku pun tak faham.Tapi Jett upset la sebab AO dah lain semacam je.” Yaya dan AO separuh berlari mendaki tangga.Decknya dibimbit dengan tangan kanan.Sebaik sahaja pintu biliknya dibuka,cap di kepala dicabut dan dicampak ke atas katil.Deck diletak di belakang pintu.Jam di dinding dijeling.Lewat dah nie.Dah dekat 5.30.Sambil melangkah ke bilik air tee shirt yang dipakai sejak pukul 2 petang tadi ditarik melepasi kepala.Seketika kemudian kedengaran bunyi percikan shower. Tubuhnya kini bersarung cotton clack putih dan tee bersih.Wajahnya diraup sejenak.Sejadah dihampar di sudut bilik.Cahaya dari sang matahari yang condong di barat menyimbah ke wajah.Allahuakbar... versus[PartI]~Episode12 “ Pandangan diangkat dari muka Angguk.Jett duduk di hadapannya. “Lecture dia tak habis lagi.” Penutup tin Coke ditarik. “Alone?” “Yep.Yaya ada consultation.” Diam.Minn kembali merenung patah-patah kata di hadapannya.Sesekali telunjuk dan ibu jarinya mengurut pangkal hidung.Jett melamun merenung jauh.Sesekali Coke di hadapannya diteguk. “ Jett senyum tawar. “Mana la tau.”Terdengar dia mengeluh perlahan. Wajah Jett direnungnya. “Kenapa dengan dia?” Jett merenung jauh. “Aku pun tak tau la nak kata macam mana.”Tanpa sedar dia menekan pelipis kanannya. “Dah lain.” Jett merenung wajah gadis di hadapannya. “Dia dah tak macam dulu.If I dunno better,I mighta think that he wanna quit Huh?!Riak wajah “Now he only comes around about after 5.Let it be for basket or skate.”Mata Jett masih belum melepaskan wajah “Fudge?”Yang tricks dah sampai tahap dewa? “Fudge.” Jett masih merenung wajah “Aku tak tau apa-apa.”Riak terkejut di wajahnya masih belum hilang. “Kenapa dengan dia tu?” Jett geleng. “Since almost 2 months back.” ...I yang akan change for good... “Maybe sebab dia depressed nanti akan tinggal korang bila pergi OZ nanti.”Tanpa berfikir panjang itu yang diluahkannya.Namun jauh di sudut hatinya Kening lelaki di hadapannya terangkat. “Mana tau AO nak pergi OZ?” Alamak! “ “AO best friend aku.He thinks for himself.Bila dia rasa something baik untuk dia,dia akan buat.” *** Luggage 35” ditutup dan dizip.Checklist di tangan kanannya direnung.Done!AO bangun dari duduknya di lantai.Berdetap pinggang dan sendi bahu bila tangannya diregangkan.Dia melangkah ke arah katil sambil sebelah tangan mengurut leher yang terasa sengal.Penat! Quick Grasp of Faith di atas night table dicapai.Tubuhnya disandar ke kepala katil dengan bantal di belakang.Buku yang sudah separuh terbaca itu dibukanya. QUESTION 62 After I start living Islam, will I be responsible before Allah for the sins I have committed in my past life? Sepintas wajah Syah menerjah kotak fikirannya. “Kau nie….” AO merenung wajah sepupunya. “Aku serius nie,Syah.” Lelaki itu menggosok dahi seketika. “Kau nak buat minor dalam Pengajian Islam pulak ke nie?” “Syah...”AO merenung mata graduan MMU itu. “You know me.You now what I’ve been.Now and then.”Pancaran mata AO benar-benar berharap untuk sepupunya itu memahami. Syah merenung jauh.Apa yang dia tak tahu?Sememangnya dia dan AO rapat sejak kecil.Hatta masa cuti sekolah waktu family Pak Ngahnya masih tinggal di Ipoh pun dia rajin berkunjung ke sana.The same case with Ashraff;AO.Bila dah pindah ke sini pun,rumah pun tak la jauh mana.Still lagi daerah KL.Life Ashraff,dia boleh recite satu-satu macam baca doa qunut.Sejarah skate,basket,dan streetlife sepupunya;kalau nak trace balik...since forever.Engrossed sangat dengan life yang satu sampai dah rasa itulah hidup matinya.Tournament dan showdown kadang-kadang dari pagi sampai ke malam.Sembahyang memang dah kira burn.Malam pulak dah dengan pool,kadang-kadang ada b-dance clash antara clan,kadang-kadang just hang around dengan clan di mana-mana club atau pub.Namun setahunya Ashraff tak pernah lagi tonggang atau angkut perempuan atau kejar nyamuk dengan asap shisha atau rokok.Sekurang-kurangnya yang tu masih terjaga. “Aku bukan pernah tonggang liquor pun.Ingat aku dah tak ingat Tuhan ke?” “Kalau kau ingat Tuhan kau takkan tinggal sembahyang sekurangya.” Dan itu bukanlah suatu argument yang pelik antara mereka.Namun Ashraff still jugak buat solat tu macam angin lalu. “Syah.” Padangannya ditala semula ke wajah AO. “Aku tolong mana yang aku mampu.I can recommend some books that might help.Tapi nak belajar bab agama nie kena berguru,Ashraff.Tak boleh solely on books je.” “Aku tau...Kau pun kena la tolong aku.”Perlahan AO bersuara.Pandangannya dilempar jauh. “Hope it ain’t that late.” “Nothing’s late sebelum mati,bro.”Syah memutar straw di tangan. “By the way,boleh aku tanya kenapa out of the blue kau tiba-tiba jadi macam nie?” AO melepas nafas panjang.Pertanyaan Syah dibiar berlalu. “Ashraff,we’ve known each other since forever.Aku tau kau mesti ada reason yang baik behind all these.Dan aku bersyukur sangat-sangat.”Syah berhenti menarik nafas. “Tapi aku jugak sangat-sangat berharap kau berubah bukan solely atas reason seorang perempuan.Sebab kalau dengan reason tu,aku takut kau akan hanyut balik.Let it be because of Him.” Kata-kata Syah menyentak fikirannya.AO mengalih pandangan ke wajah di hadapannya. “Initially,yes.Kerana seorang perempuan.” “It will cost you hell to change,as a manner of speaking.” “I know.” Handset yang melagukan Welcome to My Life menyentak lamunannya.AO mencapai telefon itu dari night-table.Nama pemanggil yang tertera pada skrin membuatkan hatinya bercelaru tiba-tiba. “Hello.” “Hello.Assalamualaikum.”Perlahan suara itu mencecah gegendang telinganya. “Waalaikumsalam.”Buku karya Harun Yahya di tangan diletak tepi. “AO?”Teragak-agak suara itu bertanya. “Saya.”AO membetulkan sandarnya ke katil. “ “ “Fine”Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum nipis. “Out of the blue,you don’t call me just to ask how am I doing,do you?” Darah terasa menyerbu ke muka dengan usikan itu.Minn mengadah siling bilik.Macam mana la aku boleh terbuat kerja gila call mamat nie?! “Kenapa nie?” Wahai Ashraff Omar,boleh tak tune sikit tone suara tu jadi macam biasa aje...Tak payah cakap macam casanova kelas satu yang nak cairkan hati perempuan kabaret! “ “Hmm.” “Am I missing something?”Tone suara AO masih belum berubah. “What happened?”AO mengulang. “What happened to you?All of sudden....out of nowhere..Kenapa tiba-tiba.....” AO mngusap wajah.Pandangannya ditala ke siling. “You’ve been to talking to Jett I resume.” “Couple of days back.” AO menghela nafas panjang. “This Saturday,free?” Huh?! “I’ll pick you up at you house.Around 10.” “But...” “You need rest.Now put everything aside,and have a good sleep,okay?”AO mengerling jam di dinding.Hampir 2 pagi. “I’m sorry that you’ve been kept awake up to this hour because of me.” “It is not because of you.” Bibir AO mengukir senyum. “I know.It’s not because of me.” versus[PartI]~end KLCC sesak.Seperti biasa.Another usual weekend.Cuma mungkin boleh dikatakan unusual kerana dapat parking dengan mudah. “Kita nak pergi mana nie?” “Jalan.” Dan memang betul.Jalan.Dari satu level ke satu level mereka tawaf.Tanpa bicara sejak dari dalam kereta tadi lagi. Sekadar berjalan mengikut rentak kaki,dan mata melihat warga KL yang mecari ruang untuk hujung minggu. “Kita pergi Kinokuniya.”AO tiba-tiba memberhentikan langkah.Pandangannya ditala ke wajah Langkah AO berhenti di hadapan aisle travel.Tangannya menarik Insight Compact Guide to Australia.Sambil tangannya membuka helaian buku itu hujung matanya mengerling wajah Minn.Nyata gadis itu nampak hilang dalam dunianya. “Tak nak cari your kinda book?” “Huh?” “That Dr.Scarpetta-Patricia-who.” Geleng. AO menarik senyum segaris. “You tunggu I kat luar.I bayar nie kejap,okay.” Angguk.Minn menapak keluar.Sungguh!Sekarang dia mula menimbang tindakannya kembali buat entah kali ke berapa.Apa yang aku dah buat nie?!First,aku call dia.Now,aku keluar dengan dia pulak.Reason?Sebab dia punya evolution.Who is he to me?Nak kata clan..Sah bukan.Ini bukan macam kes keluar weekend dengan any of the Wrath dulu.Nak kata kawan...Ain’t that close.Aku pulak yang dah berevolusi ke? “Melamun.”Teguran itu menariknya kembali ke alam nyata. Mereka kembali beriringan berjalan.Sesekali terpaksa mencelah di antara manusia yang bersesak. Pandangan AO jatuh pada Minn di sebelahnya.Dari selendang kelabu-biru kepada tee-shirt Old Navy XXL kepada jeans straight cut yang mungkin dikira oversize di kalangan remaja perempuan kini,hingga kepada Converse sneakers hitam di kaki.Semuanya membuatkan dia tersenyum.Minn Edina...Ed’Sassin.Antara langit ketujuh dengan kerak bumi.Gadis itu masih belum bersuara sejak tadi.Nampak keliru. “Kenapa diam?”Tiba-tiba AO bertanya. “Senyap je dari tadi.” “Look who’s talking.” AO ketawa.Dia mengerling jam di tangan. “Jom lunch.You nak makan apa?” Nasi goreng Thai dikuis dengan hujung garpu.Sup disudu ke atas nasi.AO mengacau jus tembikai dengan straw. “Senyap je dari tadi,kenapa?” Huh?! “Takut apa?”Riak wajah AO berubah. You...Kau...Dirimu...Enta...Nie...Tum...Wajah AO kembali direnungnya. “Takut dengan...”Kedua belah tangan AO ketawa.Dia menggeleng.Lawak pulak aku tengok AO sekadar ketawa. “ AO jungkit bahu lagi. “Nowhere.”Relax dan lepak. “Just curious.”Nasi goreng disuap ke mulut. “Hmm..” AO angguk. “Sebab I?Sebab it is me?” “Tapi dulu dengan Wrath you keluar dengan diorang.You pernah date dengan Sun, “Sebab?”AO pantas memotong. Sudu dan garpunya tersadai di pinggan.Kata-kata “I dah faham apa yang you rasa selama nie.”.Tiba-tiba AO bersuara lembut.Anak mata AO mengukir senyum.Namun matanya masih belum melepaskan mata Terasa darahnya berderau direnung begitu.Minn menundukkan pandangannya kembali ke pinggan. “Apa you cakap nie...”Bibirnya menggumam. “Mungkin boleh cakap dah tiba masa I change for good.Even kinda a bit too late.” Tapi kenapa...Apa sebab di sebaliknya..Pancaran mata “You tak happy untuk I?”Jus di hadapannya dikacau lagi.AO mengalih pandangannya dari mata gadis itu kepada gelasnya. “I sedang “You nak cari jalan balik....” Pandangan AO beralih semula ke wajah Minn.Buat beberapa ketika wajah gadis itu sekadar ditatapnya. “Him.”Jam di tangan direnung sekilas. “Makan la.Nanti kita turun bawah.” “Turun bawah...” “Zuhur dah nak masuk.” Labels: Hlovate Fanfics Recommendations Zodiac - EXO Awkward-BaekYeol Anterograde Tomorrow - KaiSoo Revolution - HunHan 48 Hours - EXO Starlight Tears - WooHyun + OC Please Guide Me - MyungYeol The Bittersweet Deal - Kris, Zico & OC It's A Hip Hop World, Baby! - BIGBANG, ZICO & OC Mobster For Rent - DaraGon My Celebrity Roommate - DaraGon According To The Future, You're My Soulmate - Taemin, Kai, OC Into Your World - Baekhyun & OC Maid In Love - Kris & OC Arbitrage - KaiSoo Awkward - BaekYeol Will be updated from time to time |
Zico
|
P.O
|
GD&TOP
|
Daesung
|
Kai
|
Soo
|
Tablo
|
Yoon Shiyoon
|
Sunggyu
|
MyungYeol
|
Banghim
|
Hyunseung
|
U-Kwon
|
akmu
|
Kim Woobin
|
Lee Minki
|
Junhui
|
soonyoung
|
seunggwan
|
mingyu
|
Haters to the left. Stalkers? Feel free to stalk my boring lifeu. ANON who send hate msges, GET A LIFEU! Slow internet is my enemy coz I love multitasking a lot e.g: Tumblr, Twitter, FB, download albums etc
Post a Comment